Page 21 - Monograf Persuratan Melayu
P. 21
Monograf Persuratan Melayu 2022
Demikian lagi hantu dan syaitan
Menjadi pahala tatkala berlawan
Nyamuk dan agas kutu dan kuman
Menunjukkan dunia umpama pangkalan (SA, R70, hal.26)
Perihal Menundukkan Godaan Hawa Nafsu
Penulis membahaskan betapa penting untuk manusia mengawal hawa nafsu. Hawa
nafsu yang jahat akan membawa kemudaratan kepada manusia dunia dan akhirat:
Hawa dan nafsu terlalu andal
Ialah kepala haluan wa abal
Lawan bersanggah janganlah sesal
Dibalas syurga negeri yang kekal (SA, R71,hal.26)
Hawa nafsu juga ciptaan atau mahkluk Allah. Hawa nafsu itu jahat kerana ia adalah
kembaran Iblis laknatullah yang sentiasa berdampingan dengan manusia khusus untuk
menggoda dan menyesatkan insan. Diceritakan walau asalnya Iblis ini daripada bangsa
malaikat yang taat, namun kerana enggan tunduk menghormati Adam makhluk ciptaan
Allah untuk memerintah dunia, Iblis jadi derhaka. Dan Allah masukkan roh hawa nafsu
yang jahat bernama haiwan untuk melengkapkan kejahatan Iblis kembaran hawa nafsu.
Kerana itu manusia wajib memerangi hawa nafsu serta Iblis syaitan agar terhindar dari
kekufuran:
Hawa dan nafsu setianya kafir (kufur)
Iblis dan syaitan sebab takbur
Jadilah insan dikata mafrur
Esok jaga hari nan tidur (SA, R77, hal. 27)
Perihal Menjaga Anggota Pancaindera
Penulis juga menasihatkan manusia agar menjaga tiga anggota tubuh yang penting iaitu
telinga (mendengar baik-buruk), mata (melihat baik-buruk) dan lidah (berkata baik-
buruk). Inilah anggota yang sangat mudah menjerumuskan manusia ke dalam azab neraka
andai tidak dikawal sebaiknya . Malah di alam barzakh dan di alam mahsyar tiga anggota
ini menjadi saksi penting untuk menghisab buruk baik amalan manusia semasa di dunia:
15