Page 23 - Monograf Persuratan Melayu
P. 23
Monograf Persuratan Melayu 2022
Demikian lagi syurga dan neraka
Kebanyakan Islam mengetahui dia
Sekadarkan bila kurang percaya
Setengahnya diam tidak didengarkannya (SA, R94, hal. 29)
Sungguhpun telah dimaklumkan ribuan kali, namun masih ramai manusia yang tak cakna,
malah dengan biadab memperolok-olokkan kehadirannya “masuk neraka ia bercakap,
olok-olok lagi beradab, itulah orang jahil murakab” (SA, R96, hal. 29). Kerana itu,
penulis menasihatkan semua umat Islam agar sentiasa berhati-hati dengan godaan dunia
agar terhindar dari azab neraka. Serentak itu menjaga amal ibadat agar mudah
menyeberang titian sirat untuk menuju syurga yang abadi “di tempat yang sukar
penyeberangan, di rantau ini ada titian” (SAR 99, hal. 30). Bagi menyuburkan iman dan
Islam, manusia dinasihatkan sentiasa berlapang dada dan membuka telinganya untuk
mencari ilmu bagi memantapkan iman. Penulis membandingkan orang yang tidak mahu
belajar walaupun diperingati berulang kali setiap solat Jumaat, seumpama “orang
hamlar” dan “anak tikus” :
Demikianlah hidup tidak belajar
Sepatah ilmu tidak didengar
Seperti riwayat orang hamlar
Anak tikus dibentangkan tikar
Telinga mendengar tidaklah tuli
Di dalam khutbah sejumaat sekali
Tatkala neraka berlepas diri
Sekalian ambia menyatakan nafsi-nasfi (SA, R101-102, hal. 30)
Demikian bilur-bilur Islami yang disentuh penulis berkaitan fiil perangai muda-mudi,
godaan hawa nafsu iblis syaitan, pengawasan pancaindera telinga, mata dan lidah, azab
sengsara timbangan amal di padang mahsyar serta gambaran pembalasan syurga - neraka.
Semua hal ini memberi nikmat ilmu bagi sesiapa yang mahu berfikir.
Perbincangan Fasal III
Bilur-bilur Islami ketiga adalah ilmu atau pengajaran Islami yang berkesan, berbekas di
hati yang disampaikan secara nasihat, ingatan, panduan, kritikan dengan menggunakan
17