Page 28 - Monograf Persuratan Melayu
P. 28
Monograf Persuratan Melayu 2022
Nazam syair ayuhai ikhwan
Barang yang salah kikis buangkan
Barang yang lampau perkataan
Dunia akhirat minta ampunkan
Karangan fakir penyudahan
Musimpun sayup hampir berjalan
Leka memandang kiri dan kanan
Takutlah kelak ketinggalan (R145, 148, hal. 36)
Dalam fasal terakhir ini penulis merumuskan nasihat pengajaran berkaitan fikah dan
tauhid. Pada bahagian awal syair penulis menyeru sekalian muslim agar bersedia dengan
amalan sebaiknya untuk menghadapi hari penghakhiran (alam barzakh) dan hari
perhitungan (alam mahsyar). Secara kiasan penulis melambangkan amalan manusia
semasa di dunia seumpama orang berniaga, ada yang untung dan ada yang rugi. Hanya
orang yang berakal akan memperolehi laba. Orang yang lalai akan sentiasa dalam
kerugian. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dan tawaduk melaksanakan perintah Allah agar
tidak tersesat dalam godaan hawa nafsu dan tipu daya iblis.
Perniagaan fakir terlalu malang
Modal seratus tinggal sekupang
Daftarnya luas terlalu panjang
Bukannya laba hanyalah hutang (R152, hal. 37)
Berikutnya penulis memberi nasihat dan panduan berkaitan amalan fikah dan tauhid yang
perlu diamalkan umat Islam. Ada sepuluh perkara yang disenaraikan sebagai check list.
Suatu tarbiah hai saudara
Ardus Syair sepuluh perkara
Di dalamnya banyak nazam bicara
Inilah buat penolak mala (R155, hal. 37)
Pertama adalah mensucikan Allah dengan meyakini kebesaran-Nya “sucikan Tuhanmu
dengan kifayah, inilah erti subhanallah” (R156, hal. 37). Kedua bersyukur dengan segala
apa yang telah diberikan Allah zahir dan batin “kedua engkau pandang nikmat Allah,
22