Page 29 - Monograf Persuratan Melayu
P. 29
Monograf Persuratan Melayu 2022
semata alam kurniaan-Nya limpah, hamdu dan sanak berapa jumlah, inilah erti
Alhamdulillah” (R157, hal. 37). Ketiga meyakini dan mengagumi kebesaran Allah “fikir
tak sampai jangan dibongkar, inilah makna Allahuakbar” (R158, hal. 37). Keempat
menyedari dosa pahala dan sentiasa mohon keampunan pada Allah. Kelima taat dan yakin
tentang adanya pertolongan Allah, sentiasa bermohon doa pada-Nya. Keenam rendah diri
dalam ibadat. Jangan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk amal ibadatmu. Ketujuh
takut akan adanya hari pembalasan akhirat. Bersedialah dengan bekal amalan ketika
hidup di dunia. Tiga lagi amalan adalah berkaitan selawat, istighfar dan zikir
mengagungkan Allah dan memuliakan junjungan Nabi Muhammad Rasulullah :
Kemudiannya tiga tanamkan sudah
Jadi sepuluh kepada jumlah
Selawat dan istighfar la illaha illallah
Tammulkalam Muhammad ar rasulullah (R163, hal. 38)
Berikutnya penulis menyeru umat Islam supaya meningkatkan amal ibadat. Perlu mencari
guru yang baik dan muktabar agar ilmu yang didapati tidak tersasar. Guru perlu
dihormati:
Gurumu itu ayuhai ikhwan
Ialah pintu permulaan jalan
Kasih padanya difardhukan
Mengikutnya itu disuruhkan (R167, hal. 38)
Penulis juga mengingatkan umat Islam agar berhati-hati dengan orang jahil yang
mengaku pandai dalam agama. Berguru dengan mereka akan menjadikan masyarakat
sesat. Secara sinis mereka dianggap orang jahat yang dilaknat nabi “zaman nabi itulah
laknat, kaum malaun kafir yang jahat” (R176, hal. 40)
Orang yang jahil semasa ini
Terlalu banyak sekarang ini
Mengajarkan ilmu sesama sendiri
Kepalanya itu mengenal diri (R177, hal. 40)
Pada penghujung syair ini, penulis banyak menyentuh tentang kepentingan, adat dan adab
berguru. Hal ini sangat dititik beratkan oleh Tok Syahibuddin. Bagi beliau mencari ilmu
23