Page 24 - Monograf Persuratan Melayu
P. 24
Monograf Persuratan Melayu 2022
larik-larik syair yang indah seperti tercatat dalam Syair Sufi (hal. 31-33) mengandungi 24
rangkap.
Jalan ke arah sufisme sememangnya absurd dan agak mengelirukan bagi sesiapa yang
tidak benar-benar memahami dan mendalaminya. Ia adalah jalan hakikat dan makrifat
yang perlu ditembus dengan mata batin. Oleh itu, penulis mengingatkan kita agar berhati-
hati dalam mencari ilmu agama. Banyak ilmu yang agak kabur malah menyeleweng dari
hakikat keimanan dan keIslaman.
Jikalau mendapat ilmu yang sah
Janganlah lagi berbanyak langkah
Kerana ilmu banyak yang salah
Kita tak tahu jadilah susah (R108, hal. 13)
Kepada yang mahu mengikut jalan sufi ini tidak boleh sekadar ikut-ikutan, perlu benar-
benar yakin pada ketauhidan Allah agar tidak mudah diharu syaitan. Jalan sufi adalah
jalan makrifat yang tidak semua orang mampu menguasainya :
Sirotalmustaqim jalan ibadat
Risalat muawannah mengambil aurat
Nurul mubin jalan iktikad
Makrifat al-ansar jalan tarikat (R111, hal. 31)
Jalan sufi juga jalan yang berpegang teguh kepada “mazhabus Sunnah yang pilihan” dan
“mengambil kuat hadis dan Quran” (R115, hal. 32). Pengamal aliran sufi sangat
menitikberatkan soal keikhlasan dan keihsanan dalam amal ibadat dan hubungannya
dengan Allah “ikhlas dan ihsan ainul yaqin, inilah makam sekalian ariffin” (R119, hal.
32). Ada tiga makam al-yaqin dalam peribadatan umat Islam:
Haqqul-yaqin nama hakikat
Ilmu-yaqin nama syariat
Ainul-yaqin nama tarikat
Ketiganya nama ibadat (R120, hal. 32)
Adapun sifat dua puluh yang biasanya menjadi hafalan dalam kalangan orang biasa
menjadi makanan wajib bagi ahli sufi. Mereka juga tawaduk berlandaskan keimanan
18