Page 22 - Monograf Persuratan Melayu
P. 22

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


                      Di dalam akhirat baharulah jaki
                      Telinga tuli mata pun buta
                      Lidah pun kelu tidak terkata

                      Badan pun cengkung di makan neraka     (SA, R79, hlm. 27)

               Perihal Mahsyar

               Penulis  menggambarkan mahsyar sebagai sebahagian perkara ghaib yang menjadi
               tonggak rukun iman insan Islam “perkataan ini ayuhai ikhwan, firman Allah di dalam
               Quran, di atas bahu di sana ditanggungkan, di otak kepala di sana  ditanamkan”
               (R84,hal.28). Mahsyar yang penuh azab dan kesakitan – tempat perhimpunan manusia
               yang tak terpermanai banyaknya “singgah berhimpun bertindih  badan, pandang tak
               sampai kepada kawan” (R82, hal. 28), yang tak ketahuan berapa lamanya “lamanya pula
               tiada berhemat, lima ribu tahun sehari di akhirat” (R83.hal.28). Kerana dahsyatnya azab
               alam mahsyar, penulis menasihati agar manusia bersedia dengan amalan baik mengikut
               sunnatullah dan sentiasa bertaubat sementara ruang dan peluang masih ada, sebelum mati
               :

                      Akhirat jangan dirimu permudah
                      Azabnya lebih nikmatnya limpah
                      Lamun percaya carilah helah
                      Sementara papan belum di tanah     (SA, R88, hal. 28)


               Dikhabarkan perjalanan menuju akhirat sangatlah jauh dan panjang masanya – bermula
               saat kematian berada di alam kubur atau alam barzakh, kemudian ribuan tahun badan
               hancur dimamah tanah,  sehingga dibangkitkan  kembali  di hari  akhirat  dengan ribuan
               tahun pula perjalanan penuh azab menuju keampunan “di sanalah lanjut perjalanan,
               seribu tahun belum pengampunan” (R90, hal.29). Azabnya berhimpun di padang
               mahsyar tak tergambarkan - selama ribuan tahun “tujuh kali seribu tahun, suatu perintah
               tidak bersusun” (R92, hal. 29) di bawah panas matahari sejengkal di kepala “matahari
               hampir kepala, panasnya tidak lagi menderita” (R91, hal. 29). Semua kisah ini walaupun
               bersifat ghaib wajib diyakini oleh insan mukmin yang Islami.


               Perihal Syurga – Neraka

               Syurga – Neraka juga makhluk ghaib Allah yang wajib diimani oleh insan Islam. Sebagai
               orang Islam kita wajib percaya adanya syurga – neraka ciptaan Allah untuk memberi
               balasan jahat dan dorongan ke arah melakukan kebaikan di dunia:





                                                         16
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27