Page 27 - Monograf Persuratan Melayu
P. 27

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022



                      Ada sebuah mahligai yang tinggi
                      Istananya indah berpagar duri

                      Sekalian orang sangat berahi
                      Di dalamnya nampak segala puteri

                      Ada sebuah mahligai yang rafak

                      Istananya indah berpagar sasak
                      Sekalian orang sangatlah tamak
                      Di dalam puteri penuh berasak


                      Musuh sahabat tak boleh dikata
                      Jahat dan baik kepada kita
                      Datang mengamuk tikam pun tiba

                      Darah meluncur kulit tak luka

                      Sungguh pun musuh dibuat sahabat

                      Sentiasa duduk berdekat-dekat
                      Muslihatnya kita menaruh jahat
                      Belum berdiri bahaya terlihat     (R203- 206, hal. 44)


               Menurut beliau, syair ini membawa maksud hanya orang yang teguh pegangan agama
               akan terselamat dari tipu daya dan godaan dunia serta apa sahaja muslihat iblis syaitan
               untuk memusnahkan keimanannya.  Selanjutnya,  Aripin (2004, hal. 12) merumuskan
               penelitian ringkasnya dengan menyatakan hanya orang yang berilmu sahaja yang tidak
               akan tewas dalam apa bentuk ujian sekalipun. Secara tersirat ditegaskan bagi orang yang
               kental tauhidnya, kulitnya pun tidak terluka, bias senjata tidak mampu terbenam dalam
               urat dan dagingnya.

               Setelah meneliti fasal akhir Syair Asyiqin, pengkaji mendapati larik-larik syair ini digubah
               dengan perlambangan  dan isinya disampaikan secara kiasan menggunakan bahasa
               Melayu yang indah puitis.









                                                         21
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32