Page 30 - Monograf Persuratan Melayu
P. 30
Monograf Persuratan Melayu 2022
yang bermanfaat dunia akhirat adalah satu kewajipan umat. Namun demikian mencari
guru yang berwibawa bagi menyampaikan ilmu yang benar lebih-lebih lagi dituntut. Tok
Budin menegaskan secara sinis melalui rangkap syair berikut.
Kerana lama tiadalah sedar
Ilmu yang salah disangkakan benar
Cubalah alih kalau-kalau bertukar
Jangan menyesal di padang mahsyar
Ilmu yang salah dikatanya tentu
Di sanalah nyata perkataan guru
Ilmu pengajaran luar terlalu saru
Terkadang orang terkadang hantu (SA, R189, 190, hal. 42)
Sebagai penutup syair ini Tok Syahibuddin merumuskan bahawa apa yang
disampaikannya merupakan sebahagian nasihat dan pengajaran jalan sufi yang menjadi
amalan ilmu ahli fikah dan tauhid.
Syair ini perkataan sufi
Sempurna kata ahlil-feqah
Sekadarkan tinggi tiada berisi
Tertibnya tidak menghabisi
Syair ini jikalau berkenan
Cari kertas pergi upahkan
Sekurang-kurang kelelahan
Seperempat mayam nikah Semantan
Tamatlah sudah Syair Asyikin
Bahasa Melayu di bawah angin
Karangan oleh Tok Iman Budin
Cicit yang dhaif empunya salin (SA, R196, 199, 202, hal. 43)
Bilur-bilur Islami dalam syair ini diharap menjadi ingatan dan panduan umat bukan
sekadar untk hiburan semata-mata. Seterusnya mohon disebar luaskan kepada masyarakat
24