Page 33 - Monograf Persuratan Melayu
P. 33

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


                 Elemen Sosiobudaya dan Etika Pemikiran Melayu dalam Lirik
                                             Lagu Melayu Klasik

                                         Padlon binti Abdul Rahman



               Pengenalan

               Elemen sosiobudaya masyarakat Melayu tradisional mempunyai hubungan tiga penjuru,
               iaitu hubungan manusia dengan tuhan, manusia dengan manusia, dan manusia dengan
               alam.  Selepas agama Islam menjadi pegangan masyarakat Melayu tradisional, ciri-ciri
               keislaman menjadi asas pada kelakuan, tindakan, bentuk hubungan, intisari nilai, dan
               sikap serta pandangan sistem sosiobudaya orang Melayu.     Selain nilai terhadap
               perlakuan, orang Melayu juga memandang berat terhadap nilai berbahasa.  Terdapat
               beberapa bentuk bahasa yang digunakan dalam pertuturan seperti bahasa halus, bahasa
               kesat, bahasa kasar, dan bahasa biadab. Setiap bentuk bahasa itu ada nilainya.
               Sehubungan itu, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan keadaan, suasana serta
               golongan, dan peringkat yang berbeza (Amat  Juhari, 2001 :286). Seseorang perlu
               memahami sebab ia berkata-kata, apa yang dikatakan, bagaimana mengatakannya,
               kepada siapa ia berkata dan semua ini bergantung kepada konteks pertuturan tersebut.
               Masyarakat Melayu tradisional, menggunakan  puisi sebagai alat hiburan atau suatu
               ‘escapisme’ diri daripada kemelut hidup dan persekitaran yang merunsingkan fikiran agar
               mendapat kedamaian jiwa.  Justeru, pantun, seloka, syair dan gurindam selalu hadir dalam
               pertuturan dan gurau senda mereka.   Biasanya semua bentuk puisi tradisional ini diucap
               atau disampaikan secara spontan.  Dalam usaha untuk menjadikan puisi tradisional ini
               lebih menarik, ianya telah diberikan irama dan dilagukan.

                      Pada awalnya, lagu-lagu ini berfungsi untuk meningkatkan semangat bekerja
               dalam suasana yang lebih ceria dan bertanggungjawab.  Terdapat juga puisi tradisional
               yang digunakan untuk menceritakan salasilah keluarga atau keturunan sesebuah
               kesultanan Melayu.  Selain irama atau melodi yang mengasyikkan, sesebuah lirik yang
               baik serta berkesan amat memainkan peranan dalam menyumbang ke arah kemantapan
               dan nilai penerimaan masyarakat pendengarnya. Lirik lagu berfungsi menerangkan kisah
               atau pemikiran dalam sesebuah lagu serta mempunyai hubungan yang rapat antara
               manusia dengan manusia dan manusia dengan persekitarannya.   Akhirnya banyaklah
               lagu dan lirik seni bahasa Melayu ini dilagukan dan menjadi kebanggaan sejak turun
               temurun serta menjadi identiti masyarakat Melayu hingga kini.  Irama dan rentak lagunya
               yang bercirikan lemah lembut, beralun serta melankolik mempunyai kaitan langsung
               dengan manifestasi atau ekspresi jiwa pendukungnya.






                                                         27
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38