Page 36 - Monograf Persuratan Melayu
P. 36

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               Elemen Sosiobudaya Dan Etika Pemikiran Masyarakat Melayu Tradisional

                      Etika pemikiran masyarakat Melayu tradisional dapat dibahagikan kepada tiga
               bahagian iaitu :

               i.     Sosiobudaya dan etika pemikiran dalam konteks hubungan manusia dengan
               manusia (konsepsi kesepaduan masyarakat).
                      Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang kolektif.  Mereka hidup dalam
               suasana tolong menolong, bekerjasama dan mementingkan kesepaduan bermasyarakat.
               Sistem masyarakat Melayu tradisional juga sangat ringkas dan amat menitikberatkan
               nilai-nilai murni untuk hidup aman damai, toleransi, merendah diri, saling bekerjasama
               dan sebagainya.  Hal ini terjelma dalam usaha untuk memudahkan pekerjaan, misalnya
               bertani.  Gambaran bagaimana riang dan bersemangatnya masyarakat tani bersama-sama
               bekerja menuai hasil di ladang.  Terserlah sifat saling bekerjasama dalam meringankan
               kerja perladangan dan pertanian mereka.  Hal ini digambarkan melalui lirik lagu-lagu
               yang terdapat banyak dalam filem-filem Melayu klasik.  Sebagai contoh, lirik lagu di
               bawah:


                          Lagu “Mari kita ke ladang”
                          Mari kita ke ladang...hoi (2X)
                          Kita menanam kacang

                          Jangan bimbang hati senang
                          Kita menanam kacang
                          Jangan bimbang hati senang

                          Mari kita ke ladang
                          Bangun segera waktu fajar
                          Sedang menyinsing
                          Langkah tegap pergi ke ladang

                          Lengan disinsing..horey..horey
                          Lengkap dengan bajak cangkul serta parang
                          Adik kakak serta abang

                          Mari kita ke ladang
                          Hari ini engkau ke ladang
                          Aduh, aduh aku tak ikut
                          Aku diserang sakit perut...horey..horey

                          Kami tahu kenapa kau tak ikut
                          Dah tersangkut




                                                         30
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41