Page 38 - Monograf Persuratan Melayu
P. 38

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


                          Hati yang satu di gadai jangan

                          Jangan tergoda bintang di awan
                          Kalau terbitnya di siang hari
                          Jangan tergoda bintang di awan
                          Kalau terbitnya di siang hari

                          Jinak merpati makan di tangan
                          Jangan di kurung di sangkar hati
                          Jinak merpati makan di tangan
                          Jangan di kurung di sangkar hati

                          Seribu senyum seribu madah
                          Mungkin di kuntum racun yang bisa
                          Seribu senyum seribu madah
                          Mungkin di kuntum racun yang bisa

                          Kalau terkorban jiwa merana
                          Seribu sesal apa gunanya
                          Kalau terkorban jiwa merana
                          Seribu sesal apa gunanya

                          Merdu di dengar indah di pandang
                          Awaslah umpan di air tenang
                          Merdu di dengar indah di pandang
                          Awaslah umpan di air tenang

                          Kasih dan budi bukan mainan
                          Tergadai hati jiwa tebusan
                          Kasih dan budi bukan mainan
                          Tergadai hati jiwa tebusan


                      Mesej dan pemikiran yang terkandung dalam lirik lagu ini sangat mudah, iaitu
               berupa nasihat kepada anak-anak muda  agar sentiasa berfikir dengan waras, menjaga
               batas-batas sebagai manusia yang beragama sekiranya berada dalam alam percintaan. Ini
               melibatkan hubungan antara manusia yang biasa dalam kehidupan dan akan dilalui oleh
               semua makhluk yang bernama manusia.  Hubungan yang melibatkan perasaan cinta dan
               kasih sayang sesama  manusia selalu menyebabkan manusia lupa diri dan merana
               sekiranya mereka mengalami kegagalan dalam hubungan tersebut.  Lirik lagu yang sarat




                                                         32
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43