Page 34 - Monograf Persuratan Melayu
P. 34

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               Pengertian Tajuk

               Sosiobudaya  ialah  amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
               masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam
               pelbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan merangsang pembangunan
               kehidupan sesuatu kelompok masyarakat itu.  Etika pemikiran Melayu pula bersangkutan
               dengan ilmu dan adab  yang secara tersiratnya  banyak dikupas melalui puisi Melayu
               tradisional, iaitu pantun, peribahasa dan syair. Perbahasan tentang aspek pemikiran ini
               sebenarnya telah bermula sejak zaman Plato dan Aristotle lagi yang berjaya menyingkap
               pelbagai rahsia yang berkait rapat dengan kehidupan manusia, haiwan, dan seluruh isi
               alam ini. Pemikiran Melayu berasaskan puisi Melayu tradisional ini merupakan
               keseluruhan pandangan atau fikiran seseorang individu yang merangkumi segala aspek
               pengetahuan, pemerhatian atau pendirian yang menjadi dasar keilmuan atau pegangan.

                      Bahasa pula merupakan alat untuk menyampaikan elemen sosiobudaya ini.
               Bahasa bermula seiring dengan kehidupan manusia.  Jika tiada bahasa maka, tidaklah
               manusia dapat mendirikan tamadun dan kebudayaan yang pelbagai yang telah wujud
               sejak manusia berkurun dahulu.  Asmah (2011) dalam bukunya “Teori dan kaedah nahu”:
               sejarah pertumbuhan aliran pemikiran, mengekstrakkan bahasa dengan beberapa definisi
               yang antaranya bahasa sebagai, alat untuk menyatakan fikiran, sebagai satu aktiviti atau
               kegiatan yang bermakna dan suatu sistem lambang yang dihasilkan oleh alat ujaran
               manusia.  Pelbagai definisi tentang bahasa telah dikemukakan oleh pakar bahasa.
               Antaranya ialah, bahasa sebagai alat membentuk minda, perasaan dan keinginan.  Selain
               itu, bahasa sebagai penanda bangsa yang juga menunjukkan latar budaya bangsa tersebut.
               Justeru, peranan bahasa adalah sangat penting  dalam menyemarak dan meninggikan
               tahap sosiobudaya masyarakat Melayu tradisional.    Dalam pengkajian  karya sastera
               khususnya puisi, pemikiran merangkumi aspek-aspek persoalan atau mesej pengajaran
               yang cuba disampaikan secara tersurat dan tersirat melalui karya untuk dijadikan panduan
               atau teladan dan pengajaran yang berkaitan dengan kehidupan individu atau masyarakat
               dalam sesebuah negara. Bahasa mampu menterjemahkan  pemikiran  dan  aktiviti
               sosiobudaya yang terbuku di fikiran dan boleh diluahkan dengan menggunakan wahana
               yang tertentu.   Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
               perhubungan dalam lingkungan satu kelompok  manusia.  Bahasa Melayu membantu
               mengekalkan kesenian dan kebudayaan Melayu sepanjang zaman. Seni bahasa
               mencerminkan keindahan dan kehalusan budi serta kreativiti sosiobudaya masyarakat
               Melayu.


                      Lirik pula, ialah perkataan-perkataan dalam lagu.  Lirik boleh ditulis semasa
               muziknya digubah, atau ditulis selepasnya.  Bagaimanapun, muzik kekadang dipadankan




                                                         28
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39