Page 26 - Monograf Persuratan Melayu
P. 26

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


                      Ilmu makrifat wajib pertama
                      Iman dan Islam keduanya sama
                      Mentauhidkan zat, sifat dan isma

                      Keempatnya itu bernama agama     (SA, R5, hal. 18)

               Beliau juga mengulas nasihat penulis agar manusia membuat persediaan amal untuk
               menghadapi hari kemudian sementara masih  ada luang masa. Beliau merujuk kepada
               syair berikut :


                      Hadas dan najis hendaklah suci
                      Rukun dan syarat wajib diketahui
                      Azab dan neraka wajib ditakuti

                      Kubur dan mahsyar hadir menanti

                      Akal berfikir hendaklah tajam
                      Hidup di dunia sehari semalam

                      Menyampak pun bulan belum berkelam
                      Kandil terpasang belum padam     (SA, R8-9, hal. 18-19)


               Nasihat penulis tentang pentingnya menuntut ilmu dengan guru muktabar juga diulas oleh
               beliau, yang merujuk syair berikut :

                      Sekaliannya itu hendaklah tahu
                      Selidik-selidik perkataan guru

                      Lafaznya sama selaku-laku
                      Itulah wajib menuntut ilmu


               Dalam ulasannya Aripin (2004, hal. 11) menjelaskan Tok Syaibuddin banyak
               menyelitkan pelbagai kias ibarat, sindir giat dengan makna tersirat dalam mengupas dan
               mendidik pelbagai persoalan agama melalui larik-larik syairnya. Seterusnya beliau
               memetik 4 rangkap syair penutup teks  Syair Asyiqin  yang paling banyak dihafal dan
               disalin untuk disebarluaskan oleh murid-muridnya. Nyanyian zikir ini merupakan larik-
               larik syair yang “cukup tajam menyindir orang-orang yang hanya suka menurutkan hawa
               nafsu tanpa kawalan  keimanan”  (2004, hal.11). Diungkapkan dengan bahasa
               perbandingan yang sangat indah. Rangkap yang beliau rujuk adalah seperti berikut :





                                                         20
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31