Page 20 - Monograf Persuratan Melayu
P. 20

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               dunia “apakah sangat suka tertawa, harta dicari orang yang punya” (R43,hal.23). Untuk
               menimbulkan keinsafan, penulis menceritakan perjalanan hidup manusia ke alam kubur
               yang bermula dengan saat kematian yang menjadikan diri kita tidak berguna “jadilah
               sampah yang dipakai, kemudian badanmu menjadi bangkai” (R45, hal.23). Kita diusung
               dan dihantar ke liang lahad, lalu ditinggalkan berseorangan oleh sahabat handai, selepas
               itu dilupakan “dikatakan kasih sahabat handai, sebulan sekali haram tak datang” (R46,
               hal.23). Kita keseorangan menghadapi azab di alam kubur, hanya bergantung pada amal
               dan iman semasa hidup, jauh dari kawan-kawan  dunia   yang dahulunya mengaku
               mengasihi.

                      Kritikan penulis terhadap anak muda yang berperangai sombong, merasakan
               dirinya hebat segalanya  “mengapa perangai terlalu conggok, mengerjakan haram
               tergelak-gelak” (R49,hal.24). Ramai anak muda yang hidup bebas lupa pegangan agama-
               suka berhibur, lalai sembahyang, memakai perhiasan haram emas dan sutera. Penulis
               dengan nada marah menggambarkan fiil ini sebagai budak bebal bapa si Dajal yang pasti
               menyesal bila maut datang menjemput.


                      Inilah budak terlalu bebal
                      Diam tak diam bapa si Dajal
                      Perangaimu itu jikalau kekal

                      Tatkala maut adalah sesal        (SA,R52, hal.24)

               Penulis mengajak  manusia  untuk bersyukur dan reda sebagai hamba  Allah dalam
               kalangan makhluk terbaik yang diciptakan. Ada beberapa jenis makhluk selain manusia
               yang digelar “segala jumlah alam sekalian, daripada makhluk lebihnya insan” (R54, hal.
               24). Demi kecintaan Allah pada manusia, dijadikan bumi, bulan dan matahari “syamsi
               dan qamar jadi pelita, bumi terhampar sekalian ada (R56, hal. 24). Seterusnya pada
               tubuh badan insan dilengkapkan dengan akal bagi menikmati keindahan dan kebesaran
               Allah. Diangkat pula Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi rujukan bagi memandu ke
               arah kebaikan dan melindungi azab di padang mahsyar. Tidak setakat itu, diciptakan para
               malaikat yang sentiasa  bersedia memberi  rahmat dan pertolongan dengan izin-Nya
               kepada manusia. Demi memandu manusia selengkapnya ke jalan Allah, disediakan para
               aulia, yang sentiasa menyemarakkan hukum berpandukan  sunnah  Rasulullah dan
               kitabullah. Semua itu untuk memandu manusia agar tidak sesat dalam godaan syaitan
               yang menjadi musuh Allah dan menyelamatkan manusia dari siksaan azab api neraka.
               Sesungguhnya telah ditegaskan barang siapa yang hidup berpandukan hukum  hakam
               Allah pasti selamatlah ia dari kesesatan





                                                         14
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25