Page 53 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 53
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
ABSTRACT
Zakat is one of the most important obligation in Islam. Therefore, it
needs to be collected by the amils and distributed properly to the
asnaf that has been set. Qawaid Fiqhiyyah is one of Fiqh knowledge
that can be used as a guidence in the process of collecting and
distributing zakat. So this study aim is to see the extent to which
Qawaid Fiqhiyyah plays the role in the new dimension of zakat
collection and distribution. This study is qualitative in nature that
gathers information from turath, contemporary books, scholarly
studies, current fatwas related to zakat, collection and distribution
of zakat, as well as Qawaid Fiqhiyyah. All this information will be
examined to get a good conclusion related to the new dimension of
collection and distribution of zakat according to the perspective of
Qawaid Fiqhiyyah. The results show that Qawaid Fiqhiyyah can be
a guidence instrument to create a new dimension in the collection
and distribution of zakat.
Keywords: Qawaid Fiqhiyyah, Collection, Distribution, Zakat
PENDAHULUAN
Zakat merupakan ibadah yang sangat besar nilainya dalam ajaran
Islam. Ianya sering kali digandingkan dengan ibadah solat di dalam
Al-Quran. Menurut Al-Zahrani(1992), lafaz perkataan zakat
diulang-ulang sebanyak 32 kali dan digandingkan bersama solat
pada 26 tempat di dalam Al-Quran. Gandingan ini menunjukkan
bahawa zakat merupakan ibadah yang sangat penting apabila ianya
digandingkan dengan ibadah yang menghubungkan manusia dengan
Allah SWT secara langsung iaitu solat. Bahkan hubungan yang erat
antara solat dan zakat ini dapat dilihat apabila Saidina Abu Bakar
RA ingin memerangi golongan yang membezakan antara kewajipan
solat dan zakat. Ini sebagaimana yang telah direkodkan dalam
Hadith yang diriwayatkan oleh Tirmizi iaitu:
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah, beliau telah berkata:
tatkala wafatnya Rasulullah SAW, Abu Bakar RA telah
menggantikan Baginda sebagai khalifah, dan telah berlaku
44
44