Page 57 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 57
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
kutipan zakat merosot disebabkan oleh penularan wabak pandemik
Covid 19 dan begitu juga pada tahun 2021(Berita Harian, 2020).
Bagi urusan agihan zakat pula, secara terperincinya seperti di
bawah:
Negeri 2019 2018
Johor - 261,310,155.66
Kedah 192,622,521.12 178,463,803.20
Kelantan 189,017,291.00 181,936,430.62
Melaka 96,620,295.08 87,073,849.00
Negeri Sembilan 123,406,206.16 127,748,585.30
Pahang - 141,910,722.23
Pulau Pinang 111,384,871.79 101, 010,171.69
Perak - 171,489,516.00
Perlis - -
Selangor 868,263,524.00 829,878,020.00
Terengganu - 163,138,683.29
Sabah 71,621,952.82 68,268,316.44
Sarawak - -
W. Persekutuan 445,352,346 550,231,376.45
Sumber: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji(JAWHAR)
Jika dilihat kepada jumlah kutipan dan jumlah agihan yang
dicatatkan, masih terdapat lebihan wang zakat yang tidak diagihkan.
Ini membawa maksud, tidak semua jumlah kutipan zakat diberikan
kepada semua asnaf yang layak untuk dibantu. Terdapat baki dalam
simpanan institusi zakat yang tidak diagihkan kepada asnaf-asnaf.
Hal ini jika tidak diberikan penerangan dan penjelasan lanjut akan
menyebabkan berlakunya salah faham masyarakat terhadap institusi
zakat. Menurut Hairunnizam Wahid et.al(2009), jika orang ramai
tidak berpuas hati dengan institusi zakat, mereka akan membayar
zakat secara langsung kepada asnaf, atau lebih buruk daripada itu
mereka hanya akan membayar zakat fitrah sahaja dan tidak
membayar zakat-zakat yang lain.
48
48