Page 62 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 62
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
moden hari ini ialah misi dan visi yang jelas berkaitan dengan
kutipan dan agihan zakat. Sasaran jumlah kutipan dan agihan
zakat perlulah ditetapkan sama ada secara tahunan mahupun
bulanan.
ii. Niat untuk menggandakan hasil kutipan zakat dan
memperluaskan agihan zakat perlulah disusuli dengan pelan
tindakan yang jelas dan mantap.
iii. Jika setelah banyak usaha yang telah dilakukan semaksima dan
sebaik mungkin, namun hasil kutipan dan agihan zakat masih
lagi kurang memberangsangkan, maka ianya telah dikira sebagai
kejayaan dan bukannya satu kegagalan. Ini adalah kerana
kejayaan sepatutnya dikira daripada banyak usaha yang telah
dilaksanakan.
iv. Meniupkan semangat dan motivasi untuk bekerja dengan lebih
gigih, kreatif dan inovatif di kalangan pekerja dan kakitangan
institusi zakat dengan harapan semua perkara yang dilakukan
mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
Kaedah Kedua: “Keyakinan Tidak Dapat Dihilangkan Dengan
Keraguan”
Maksud kaedah ini ialah sesuatu perkara yang telah diyakini tidak
dapat dinafikan lagi tentangnya melainkan dengan wujudnya hujah
dalil yang kuat, dan ianya tidak memadai dengan keraguan yang
timbul tanpa asas. Hal ini adalah kerana syak lebih lemah
berbanding keyakinan(Al-Burnu, 1996). Kaedah ini wujud
disebabkan antara lain berdasarkan; pertama firman Allah SWT
dalam Surah Yunus ayat 36:
Maksudnya: “Dan mereka tidaklah mengikut sesuatu
melainkan ianya berdasarkan sangkaan semata-mata.
Sesungguhnya sangkaan mereka tidak membawa kepada
mereka kebenaran. Sesungguhnya Allah maha mengetahui
terhadap apa yang kamu lakukan”
Ayat ini berkaitan dengan keyakinan dalam bab Aqidah yang
perlu dibina di atas ilmu yang benar dan bukanlah hanya
53
53