Page 65 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 65
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Menurut Al-Qurtubi (1964), walaupun ayat ini berkaitan dengan
puasa secara khususnya tetapi ianya juga secara umumnya
merangkumi kesemua urusan agama. Bahkan Rasulullah SAW juga
telah bersabda dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari:
Maksudnya: “Permudahkanlah dan janganlah persulitkan,
berikan khabar gembira, dan jangan menyebabkan manusia
lari menjauhkan diri”
Menurut Al-Qari (2002), permudahkanlah bermaksud juga
mengutip zakat daripada orang ramai dengan cara lemah lembut,
janganlah persulitkan bermaksud menyusahkan orang ramai dengan
mengutip zakat dengan jumlah yang lebih daripada jumlah sebenar.
Berikan khabar gembira dengan ganjaran pahala atas amalan
kebaikan yang diberikan. Jangan menyebabkan manusia lari
menjauhkan diri dengan menakutkan mereka dengan ancaman keras
sehingga mereka berputus asa daripada rahmat Allah SWT.
Maka berikut merupakan tindakan yang boleh dilakukan dalam
urusan kutipan dan agihan zakat atas asas kaedah ini iaitu:
i. Mempermudahkan segala bentuk urusan kutipan zakat
bersesuaian dengan keadaan lapisan ahli masyarakat pada semua
tempat dan peringkat. Sebagai contoh, pegawai institusi zakat
bergerak menuju ke rumah mereka yang ingin membayar zakat
jika sekiranya mereka berkeuzuran untuk datang ke pejabat
institusi zakat. Selain daripada itu, kaunter pembayaran dan
agihan zakat perlu dibuka setiap hari di semua tempat yang
menjadi tumpuan kunjungan orang ramai seperti masjid, surau,
pusat membeli belah, taman rekreasi, dan lain-lain lagi.
ii. Mempermudahkan juga segala bentuk urusan agihan zakat tanpa
sebarang bentuk karenah birokrasi yang menyusahkan asnaf
yang layak mendapatkan wang zakat. Ini dapat dilakukan
melalui sistem permohonan secara atas talian dan
memperbanyakkan lagi kakitangan sokongan institusi zakat
yang turun ke lapangan untuk menyelidik, mencari golongan
asnaf yang memerlukan bantuan. Apa yang penting melalui
56
56