Page 68 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 68

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               keperluan  asas  kepada  orang  ramai  yang  memerlukan
               terutamanya  dalam  keadaan  yang  sangat  kritikal  seperti  yang
               dinyatakan  di  atas.  Ini  termasuklah  bantuan  kelengkapan
               persekolahan, alat bantuan pembelajaran kepada pelajar-pelajar
               sekolah mahupun universiti.
            iii. Berganding bahu dengan pihak lain seperti media massa, bank,
               agensi  korporat  yang  lain  dalam  usaha  menggalakkan
               pembayaran zakat secara segera dan dilakukan secara langsung
               kepada institusi zakat serta bukannya secara terus kepada asnaf.
               Hal  ini  bagi  memperkemaskan  dan  memastikan  sistem
               pengurusan kutipan dan agihan zakat berjalan secara teratur dan
               tersusun.
            iv.  Memberikan bantuan dalam bentuk jangka masa pendek, dan
               juga untuk jangka masa panjang bagi memastikan kemudaratan
               sama ada dalam bentuk material, fizikal, mahupun mental yang
               dihadapi  oleh  golongan  asnaf  dapat  dihilangkan.  Pemantauan
               dan kemas kini terhadap keadaan semasa asnaf perlu dilakukan
               secara berkala dan berterusan.

            Kaedah Kelima: “Adat Sebagai Sumber Hukum”
            Makna kaedah ini ialah adat dijadikan hukum untuk mengukuhkan
            pensabitan hukum syarak atau adat diiktiraf sebagai sumber hukum
            dalam  perkara-perkara  yang  melibatkan  urusan  sesama  manusia.
            Maka hukum tersebut akan ditentukan mengikut neraca adat jika
            sekiranya  tiada  nas  syarak  yang  bercanggah  dengan  adat
            tersebut(Al-Sadlan,  1996).  Antara  ayat  Al-Quran  yang  menjadi
            sandaran kepada kaedah ini ialah ayat 199 Surah Al-A’raf:

               Maksudnya: “Ambillah apa yang mudah untuk kamu, dan
               serulah  dengan  perkara  yang  baik,  dan  berpalinglah
               daripada mereka yang tidak mengetahui”

                                                          ﻌ
                                                           ﻟ
                                                           ا
                                                       ف
               Menurut Al-Baidhawi (1997),perkataan  ﺮ di dalam ayat ini
            bermaksud perbuatan baik yang diketahui oleh manusia. Manakala
            menurut  Al-Syaukani  (1993),  ianya  bermaksud  setiap  perbuatan
            baik yang diterima oleh akal dan memberikan ketenangan kepada


                                                                           59
                                           59
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73