Page 63 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 63
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
berdasarkan sangkaan sahaja. Selain itu ayat ini juga menguatkan
hadith Rasulullah SAW yang menyuruh orang Islam agar menjauhi
sangkaan(Al-Jazairi, 2003). Sebagaimana dalam urusan penting
seperti Aqidah perlu bersandarkan kepada ilmu yang meyakinkan,
begitulah juga dalam perkara penting yang lain. Bahkan selain
ﻟ
daripada ayat ini, terdapat 7 lagi ayat yang menggunakan istilah ﻈ
ﻦ
ا
, di dalam Al-Quran. Apa yang difahami daripada semua ayat ini
ialah mengikut dan memilih sesuatu perkara berdasarkan kepada
sangkaan sahaja merupakan perkara yang tidak digalakkan bahkan
ianya dilarang oleh Al-Quran. Hal ini adalah kerana sangkaan akan
membawa kepada keraguan yang akhirnya akan menimbulkan
masalah dalam kehidupan bermasyarakat. Antara Hadith yang
menjadi hujah kewujudan kaedah ini ialah apa yang diriwayatkan
oleh Muslim:
Maksudnya: “Apabila seseorang di kalangan kamu syak
dalam solatnya, tidak tahu berapa bilangan rakaatnya sama
ada tiga atau empat, maka hendaklah dia tinggalkan
syaknya dan memilih bilangan yang diyakini.”
Menurut Al-Nawawi (1997), hadis ini menunjukkan wajib
hukumnya berpegang kepada perkara yang telah diyakini.
Berdasarkan kepada kaedah ini, antara tindakan yang perlu
dilakukan dalam usaha merancakkan aktiviti kutipan dan agihan
zakat ialah:
i. Institusi zakat perlu meyakinkan masyarakat bahawa proses
kutipan dan agihan zakat berjalan dengan telus. Jumlah
pemerolehan kutipan zakat dan agihannya perlu dihebahkan
secara meluas kepada masyarakat pada setiap masa seperti mana
yang berlaku sebagai contohnya pada pasaran saham.
ii. Pengauditan jumlah kutipan dan agihan zakat sama ada secara
dalaman mahupun daripada pihak pengaudit luar. Dan hasil
pengauditan ini perlulah dimaklumkan kepada masyarakat
awam supaya masyarakat sedar dan mengetahui akan ketelusan
dan sikap integriti yang tinggi telah diterapkan dalam
pengurusan hal ehwal kutipan dan agihan zakat.
54
54