Page 66 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 66

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               kaedah  ini,  orang  yang  dalam  keadaan  susah,  mudah  untuk
               diberikan  bantuan  zakat  tanpa  sebarang  perasaan  seperti
               disisihkan oleh institusi zakat.
            iii. Membina aplikasi mudah alih di google store bagi android, dan
               play store bagi Iphone untuk urusan pembayaran zakat dan juga
               permohonan untuk mendapatkan bantuan zakat. Hal ini adalah
               kerana  sebagaimana  yang  diketahui  pada  zaman  sekarang,
               manusia sentiasa ke mana-mana bersama dengan telefon pintar
               masing-masing.  Dengan  wujudnya  aplikasi  ini  dapat
               memudahkan  urusan  masyarakat  untuk  membuat  pembayaran
               zakat  dan  juga  memohon  bantuan  zakat.  Bahkan  aplikasi
               tersebut,  perlulah  dilengkapkan  dengan  maklumat-maklumat
               berkaitan  dengan  hukum-hakam  zakat  secara  ringkas  tetapi
               padat.  Ini  secara  tidak  langsung  dapat  menggalakkan  dan
               menyedarkan  masyarakat  akan  kepentingan  untuk  membayar
               zakat. Apabila perkara ini dilakukan, kutipan dan agihan zakat
               dapat dipertingkatkan.
            iv.  Menjadikan  institusi  zakat  sebagai  agensi  pengutip  dan
               pengagih  zakat  yang  mudah  didekati  oleh  rakyat  kebanyakan
               dengan  pendekatan  mesra,  santun,  dan  lemah  lembut  sesuai
               dengan  psikologi  dan  pemikiran  lapisan  masyarakat.  Institusi
               zakat  perlu  dikenali  sebagai  badan  yang  sentiasa  diingati  di
               dalam hati dan namanya sentiasa meniti di bibir rakyat negara
               ini. Jika ini berlaku, maka urusan kutipan dan agihan zakat akan
               berjalan dengan jayanya.

            Kaedah Keempat: “Kemudaratan Dihilangkan”
            Pengertian kaedah ini ialah wajib dihilangkan kemudaratan kerana
            kemudaratan merupakan satu bentuk kezaliman dan perkara yang
            diharamkan  oleh  syarak.  Kemudaratan  juga  adalah  perkara  yang
            perlu dicegah agar ianya tidak terjadi dan wajib dihapuskan apabila
            terjadinya kemudaratan tersebut. Oleh kerana kemudaratan adalah
            satu bentuk kezaliman, dan perkara yang diharamkan oleh syarak,
            maka  ianya  juga  dikategorikan  sebagai  kemungkaran.  Sebagai
            Muslim,  kita  diwajibkan  mencegah  dan  menghapuskan
            kemungkaran sebagaimana yang telah dinyatakan daripada nas-nas




                                                                           57
                                           57
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71