Page 64 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 64

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            iii. Mengelakkan sebarang persepsi buruk terhadap proses kutipan
               dan agihan zakat dengan menangkis segala bentuk fitnah dan
               persepsi jahat yang banyak dilemparkan kepada institusi zakat
               yang  seolah-olahnya  tidak  begitu  prihatin  membela  golongan
               yang  memerlukan  dalam  bentuk  penjelasan  yang  tuntas  dan
               berkesan. Segala tohmahan perlu dijawab dengan mengeluarkan
               kenyataan rasmi dalam tempoh yang segara bagi mengelakkan
               sebarang bentuk manipulasi dan provokasi.
            iv.  Mengaktifkan semua bentuk media sosial milik institusi zakat
               untuk melaporkan sebarang bentuk aktiviti kutipan dan agihan
               zakat yang berlaku. Ini merupakan suatu keperluan bahkan tidak
               keterlaluan boleh dikatakan sebagai kewajipan mengikut trend
               semasa dunia pada hari ini. Media sosial di alam maya yang
               menjadi  tempat  tumpuan  masyarakat  perlu  dimanfaatkan
               dengan sebaik-baiknya untuk memaklumkan gerak kerja yang
               telah  dilakukan  oleh  institusi  zakat  dalam  meningkat  hasil
               kutipan dan memperluaskan skop agihan zakat.

            Kaedah Ketiga: “Kesusahan Membawa Keringanan”
            Menurut Al-Zuhaili (2006), kaedah ini bermaksud segala kesusahan
            membawa keringanan kerana ianya membebankan semua mukallaf.
            Kesusahan  telah  diangkat  oleh  syarak  dengan  bukti  nas-nas  dan
            telah dihalang berlaku ke atas mukallaf. Antara elemen penting yang
            menjadi intipati berkaitan dengan kaedah ini ialah, hajat keperluan,
            keringanan,  memudahkan,  dan  perluasan  (Uthman  Shibir,  2007).
            Selain daripada itu, kaedah ini merupakan asas yang besar dalam
            ajaran  Islam,  dan  kebanyakkan  keringanan  diberikan  disebabkan
            kaedah ini, yang menjadi tunjang kepada pembinaan hukum-hakam
            Fiqh  Islam.  Terdapat  banyak  dalil  yang  menunjukkan  keutuhan
            kaedah  ini(Al-Nadwi,  1994).  Antara  dalil-dalilnya  ialah  firman
            Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 185:

               Maksudnya:  “Allah  menginginkan  keringanan  kepada
               kamu, dan tidak menginginkan kesusahan kepada kamu”






                                                                           55
                                           55
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69