Page 61 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 61

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Hadith  “Tiada  amalan  bagi  sesiapa  yang  tidak  berniat”
            bermaksud sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Mas’ud bahawa
            tidak bermanfaat sesuatu ucapan, melainkan dengan disusuli dengan
            amalan,  tidak  bermanfaat  sesuatu  ucapan  dan  amalan  melainkan
            dengan  niat,  tiada  manfaat  ucapan,  amalan  dan  niat  melainkan
            menepati  Sunnah  nabi  SAW(Ibnu  Rejab,  2001).  Apa  yang  dapat
            difahami  di  sini  ialah  rancangan  untuk  melaksanakan  sesuatu
            mestilah  diterjemahkan  dalam  bentuk  pelaksanaan  rancangan
            tersebut dengan niat yang ikhlas kepada Allah SWT. Dan semua
            perancangan,  tindakan  dan  niat  ini  mestilah  tidak  bercanggah
            dengan ajaran nabi SAW.
               Menurut Al-Dainuri (1998), Hadith “niat orang beriman lebih
            baik daripada amalannya” bermaksud Allah mengekalkan seseorang
            individu  di  dalam  syurga  disebabkan  niatnya  dan  bukannya
            amalannya.  Bahkan  sesiapa  berniat  untuk  melakukan  kebaikan
            sekadar yang termampu dan tidak dapat menyempurnakannya, dia
            tetap diberikan pahala(Ibnu Taimiyyah, 1995). Maka yang penting
            ialah  keazaman  untuk  melakukan  sesuatu  perkara  dengan  cara
            bersungguh-sungguh  mengikut  kemampuan.  Gagal  atau  berjaya
            bukanlah persoalan yang penting, dan yang diambil kira ialah usaha
            dan ikhtiar yang telah dilakukan. Allah menilai daripada sudut usaha
            dan  tindakan  yang  telah  digerakkan.  Hal  ini  bertepatan  dengan
            firman Allah SWT dalam Surah Al-Taubah ayat 105:

               Maksudnya:  “Dan  lakukanlah  amalan,  maka  Allah  akan
               menilai amalan kamu”

               Menurut  Al-Sabuni  (1997),  arahan  Allah  SWT  ini  berbentuk
            janji  iaitu  buatlah  apa  sahaja  amalan  yang  kamu  ingin  lakukan,
            amalan tersebut tidak akan tersembunyi daripada pengetahuan Allah
            SWT.  Amalan  baik  tersebut  sudah  semestinya  akan  diberikan
            balasan yang baik.
               Melalui  kaedah  ini,  dari  sudut  kutipan  dan  agihan  zakat,  apa
            yang dapat diaplikasikan ialah:

            i.  Institusi  zakat  mestilah  mempunyai  niat  atau  dalam  istilah




                                                                           52
                                           52
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66