Page 56 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 56

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Secara  umumnya  kutipan  zakat  di  negara  kita  dilaksanakan
            dengan baik oleh institusi zakat. Menurut Nuruul Hidayah Mansor
            et.al(2014),  jumlah  kutipan  meningkat  disebabkan  oleh  faktor
            kesedaran masyarakat Islam yang tinggi terhadap tanggungjawab
            membayar  zakat,  selain  daripada  usaha  pelbagai  pihak  untuk
            meningkatkan jumlah kutipan zakat dari semasa ke semasa. Sebagai
            contohnya pada tahun 2019, di Wilayah Persekutuan, menurut buku
            laporan ringkas Pusat Pungutan Zakat, jumlah zakat yang berjaya
            dikutip ialah sebanyak RM682,277,217.51. Jumlah ini meningkat
            sebanyak  4.77%  jika  dibandingkan  dengan  tahun  2018  jumlah
            kutipan  yang  dicatatkan  ialah  sebanyak  RM651,228,032.94(PPZ,
            2019). Manakala secara terperinci jumlah kutipan zakat mengikut
            negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2018 dan 2019 adalah seperti
            berikut:

                  Negeri                2019                    2018
             Johor                        -                  285,784.35
             Kedah                 206,055,559.61          183,556,547.63
             Kelantan              195,138,060.00          183,034,916.35
             Melaka                 98,838,098.55           87,815,011.74
             Negeri Sembilan       141,521,193.35          131,116,487.35
             Pahang                167,220,290.72          138,696,397.46
             Pulau Pinang          121,432,704.21          119,734,212.91
             Perak                        -                176,246,175.19
             Perlis                       -                       -
             Selangor              855,137,860.00          793,679,701.00
             Terengganu                   -                160,718,725.50
             Sabah                  88,997,519.92           79,661,792.60
             Sarawak                      -                       -
            Sumber: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji(JAWHAR)

               Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JAWHAR ini, maka
            boleh  dikatakan  berlaku  peningkatan  dari  sudut  kutipan  zakat  di
            Malaysia dari tahun 2018 dan 2019, dan negeri Selangor merupakan
            negeri yang menghasilkan jumlah kutipan yang tertinggi berbanding
            negeri-negeri  yang  lain.  Manakala  pada  tahun  2020  pula,  hasil




                                                                           47
                                           47
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61