Page 67 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 67

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            Al-Quran  dan  Sunnah  nabi  SAW(Abdul  Karim  Zaidan,  2001).
            Terdapat 74 tempat di dalam Al-Quran yang membahaskan tentang
            kemudaratan(Ahmad  Muwafi,  1997).  Manakala  antara  contoh
            Hadith  dalam  persoalan  ini  ialah  apa  yang  diriwayatkan  oleh
            Tirmizi:

               Maksudnya:  “Sesiapa  yang  memberikan  kemudaratan,
               maka  Allah  memudaratkannya  dan  sesiapa  yang
               menyusahkan, maka Allah akan menyusahkannya”

               Maksudnya: “Dilaknat sesiapa yang memudaratkan orang
               beriman atau merancang untuk memberikan kemudaratan
               tersebut.”

               Menurut  Al-Mubarakfuri  (t.t),  perbezaan  antara  kemudaratan
            dan  kesusahan  dalam  hadis  pertama  ialah  kemudaratan  dengan
            maksud kehilangan harta benda, manakala kesusahan pula dengan
            maksud kesakitan pada tubuh badan. Dan dilaknat pada hadis kedua
            ialah dengan maksud dijauhkan daripada mendapat rahmat Allah
            SWT.  Maka  jelas  menunjukkan  di  sini  bahawa  kemudaratan
            sememangnya perlu dihapuskan kerana jika ianya dibiarkan akan
            mengundang balasan dan laknat yang berat daripada Allah SWT.
               Antara  perkara  yang  perlu  dilakukan  melalui  kaedah  ini  bagi
            urusan kutipan dan agihan zakat ialah:

            i.  Memilih  pandangan  ulama  yang  membolehkan  pembayaran
               zakat dilakukan selepas cukup nisab walaupun belum sampai
               haul setahun qamariah dengan menyeru kepada golongan kaya
               membayar  zakat  dengan  kadar  yang  segera.  Ini  bagi
               menambahkan  jumlah  kutipan  zakat  dalam  keadaan  yang
               terdesak seperti selepas bencana alam banjir, tanah runtuh, dan
               begitu  juga  dengan  apa  yang  dialami  oleh  dunia  sekarang
               apabila penularan wabak Covid 19 melanda ramai yang telah
               kehilangan pekerjaan dan mata pencarian.
            ii.  Bertindak pantas dan segera untuk menghilangkan kemudaratan
               dengan  mengagihkan  bantuan  berbentuk  wang,  dan  barang




                                                                           58
                                           58
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72