Page 70 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 70
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Islam pula, terdapat perselisihan di kalangan ulama kepada dua
golongan yang mengharamkan dan juga mengharuskan (Al-
Umrani, 2000).
iv. Mengenakan zakat terhadap harta dan mata wang baru seperti
bitcoin kerana ini merupakan adat dan budaya baru dalam
transaksi mata wang.
PENUTUP
Berdasarkan kepada apa yang telah diperkatakan, jelas bahawa
Qawaid Fiqhiyyah dapat diaplikasikan dalam urusan kutipan dan
agihan zakat secara ringkasnya seperti berikut:
i. Institusi zakat perlu mempunyai misi dan visi serta pelan
perancangan strategik yang jelas dalam urusan kutipan dan
agihan zakat.
ii. Institusi zakat perlu memberikan keyakinan kepada masyarakat
akan peranan besar yang telah dimainkan oleh mereka dalam
mengutip dan mengagihkan zakat perlu diperhebatkan.
iii. Institusi zakat perlu mempermudahkan urusan pembayaran dan
pengagihan zakat seiring dengan perkembangan teknologi
semasa yang sentiasa terkehadapan dan pantas berubah.
iv. Institusi zakat perlu bertindak cepat dalam sebarang usaha
menangani kemudaratan yang dihadapi asnaf.
v. Institusi zakat perlu peka dan menyesuaikan organisasi dengan
perubahan adat dan budaya baru yang berada dalam persekitaran
masyarakat.
61
61