Page 75 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 75
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
menafikan maslahah yang lebih utama iaitu al-hajiyyat dalam usaha
memelihara ekonomi umat Islam yang lebih ramai.
Kata Kunci: zakat, asnaf, muallafah qulubuhum, tahqiq al-manat,
maslahah
Pendahuluan
Zakat merupakan satu instrumen agihan kekayaan antara dua
golongan iaitu kaya dan miskin. Bermakna, zakat merupakan salah
satu instrumen yang disyariatkan bagi menyeimbangkan sosio-
ekonomi dalam kalangan umat Islam. Bagi merealisasikan maksud
tersebut, syariat telah memperuntukkan secara jelas penerima zakat
yang terdiri daripada lapan golongan asnaf. Firman Allah SWT:
Terjemahan: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu
hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin,
dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf
yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang
hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan
orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.
(Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu
ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah)
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (al-
Tawbah:60)
Daripada ayat tersebut, jelas bahawa asnaf zakat telah
ditentukan dalam Syariah Islam. Jika dibandingkan dengan
beberapa instrumen lain seperti hibah, wasiat dan sedekah, dapat
dirumuskan bahawa zakat merupakan medium agihan kekayaan
yang telah ditentukan penerimanya daripada kalangan fakir, miskin,
amil, muallaf, hamba, penghutang, fisabillah dan ibn sabil (Pusat
Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, 2021).
Sungguhpun asnaf zakat yang terdiri daripada lapan golongan
telah ditentukan secara jelas melalui nas, namun sejarah hukum
Islam telah memperlihatkan asnaf muallafah qulubuhum tidak
66
66