Page 80 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 80

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Secara  ringkasnya,  syariah  memperuntukkan  beberapa  hak
            kepada  golongan  bukan  muslim  dalam  sesebuah  negara  Islam.
            Dalam hal ini, al-Qaradawi (1992) menggariskan 7 hak utama yang
            diperuntukkan  syariah  kepada  golongan  ini  dalam  realiti  negara
            Islam:

            i.  Penjagaan daripada diceroboh secara luaran mahupun dalaman
            ii.  Penjagaan darah dan tubuh badan
            iii. Penjagaan harta benda
            iv.  Penjagaan maruah diri
            v.  Kebebasan beragama
            vi.  Kebebasan bekerja dan mencari pendapatan
            vii. Diberikan ruang untuk menjawat jawatan di peringkat negara

               Daripada  7  hak  yang  digariskan  oleh  al-Qaradawi,  dapat
            dirumuskan  bahawa  Islam  mempunyai  prinsip  yang  jelas  dalam
            menangani kehidupan masyarakat majmuk. Hak-hak tersebut secara
            tidak  langsung  telah  menonjolkan  sifat  tasamuh  syariat  Islam
            kepada bukan Islam dalam keadaan yang berprinsip.
               Berbalik  kepada  isu  pemberian  zakat  kepada  bukan  Islam
            melalui asnaf muallafah qulubuhum di negara ini, adalah diyakini
            bahawa  beberapa  intipati  perbincangan  ini  mampu  memberi
            tasawwur  dalam  permasalahan  berbangkit.  Jika  dinilai  secara
            ringkas, manat pemberian zakat atas asnaf ini diberhentikan pada
            zaman  Saidina  Umar  RA  kerana  kekuatan  Islam  pada  ketika  itu
            dapat  diterjemahkan  melalui  bilangan  umat  Islam  yang  ramai.
            Mafhumnya, dalam realiti Malaysia seolah-olah memberi implikasi
            yang sama. Namun begitu, hipotesis ini perlu dibuktikan melalui
            perincian analisis yang diketengahkan.

            IJTIHAD TAHQIQ AL-MANAT
            Menurut al-Jurjani (1983), al-tahqiq merupakan penyabitan sesuatu
            permasalahan dengan dalil. Manakala al-manat adalah kata terbitan
            bagi tempat iaitu tempat pergantungan (al-Qazwini, 1979). Justeru,
            tahqiq al-manat dari segi bahasanya ialah penyabitan sesuatu tempat
            pergantungan bagi sesuatu hukum (Humadi, t.t). Sementara dari segi




                                                                           71
                                           71
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85