Page 82 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 82

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            mengenalpasti  ‘illah  kecurian  yang  perlu  dijatuhkan  hukuman
            berdasarkan  nas  syarak  daripada  al-Quran  mahupun  al-Sunnah
            dalam isu yang mirip. Dalam hal ini, jenayah ke atas harta seseorang
            boleh dikenakan hukuman syarak yang berat iaitu hukuman hudud.
            Hudud bagi jenayah mencuri akan dipotong tangannya pada curian
            pertama  yang  dilakukan  (al-Khin,  al-Bugha  &  al-Sirbaji,  2005).
            Namun, terdapat beberapa jenis curian sama ada curian secara jelas
            ataupun  yang  samar.  Begitu  juga  barang  curian  sama  ada  sudah
            disimpan atau harta yang terbiar dan pelbagai jenis yang lain. Hal
            ini perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum hukuman dijalankan.
            Sesuatu  hukuman  hudud  di  dalam  syarak  tidak  akan  dijalankan
            melainkan setelah dikenal pasti secara jelas bahawa “curian atau al-
            sariqah” itu benar-benar berlaku.
               Antara  contoh  pemakaian  ijtihad  tahqiq  al-manat  pada
            permasalahan ini adalah pada penentuan hukuman ke atas pencuri
            yang  mengambil  harta  daripada  mayat  seperti  kain  kafan  yang
            disebut dengan istilah “al-nabbash”. Usaha penelitian mujtahid bagi
            menetapkan “al-nabbash” dengan makna “curian atau al-sariqah”
            sehingga hukuman hudud boleh dikenakan ke atasnya merupakan
            proses ijtihad tahqiq al-manat.

            Pertama: Takrif al-Sariqah
            Menurut bahasa, al-sariqah merupakan kata terbitan bagi saraqa
            iaitu mengambil sesuatu yang bukan miliknya daripada penjagaan
            seseorang  secara  senyap  (Ibn  Manzur,  1993).  Manakala  secara
            istilah  fiqh  ia  ditakrifkan  sebagai  perbuatan  mukallaf  yang
            mengambil  barang  bukan  miliknya  secara  sembunyi  atau  rahsia
            daripada tempat yang dijaga dengan kadar barang curian bersamaan
            10 dirham (‘Abd Mun’im, 1999).

            Kedua: Takrif al-Nabbash
            Perkataan al-nabbash merupakan kata nama pelaku bagi perbuatan
            nabasha  iaitu  mengeluarkan  sesuatu  barang  yang  ditanam  (Ibn
            Manzur, 1993). Di dalam takrifan fiqh al-nabbash merujuk kepada
            orang  yang  mencuri  kain  kafan  bagi  mayat  yang  ditanam  (‘Abd
            Mun’im, 1999).




                                                                           73
                                           73
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87