Page 81 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 81
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
istilah, tahqiq al-manat merupakan salah satu cara bagi menentukan
kewujudan ‘illah hukum dalam perkara yang bersifat juz’i
berdasarkan ‘illah hukum yang dikenal pasti. Definisi yang sama
turut diberikan oleh al-Amidi (2003) iaitu:
Terjemahan: “Suatu penelitian untuk mengetahui
kewujudan ‘illah pada sesuatu setelah mengetahuinya
(‘illah) sama ada diketahui daripada nas, ijma‘ ataupun
istinbat”.
Sementara menurut Ibn Qudamah (2016), tahqiq al-manat ialah
proses penentuan makna kulli dalam isu-isu yang bersifat cabang
(juz’i).
Terjemahan: “Kaedah yang bersifat kulliyyah dan
disepakati ke atasnya, atau perkara diperoleh daripada nas,
kemudian mujtahid berijtihad untuk menetapkannya kepada
perkara furu‘”.
Hampir dengan takrifan Ibn Qudamah ialah takrifan yang
disebutkan oleh al-Tufi (1987) iaitu kaedah kulliyyah dalam perkara
yang dinaskan oleh syarak yang dianggap sebagai asal di mana
proses tahqiq al-manat mengenalpasti kewujudan elemen tersebut
dalam perkara yang bersifat furu‘ yang tidak disebutkan hukumnya
oleh syarak. Sebagai contoh, Allah SWT memerintahkan untuk
mengambil saksi adil (perkara yang dinaskan), kemudian mujtahid
berijtihad dalam menetapkan elemen-elemen yang memenuhi
makna saksi adil tersebut. Ijtihad dengan cara ini disepakati
kebolehannya seperti yang disebut oleh ramai ulama dan di
antaranya ialah Ibn Taymiyyah (1995).
Ijtihad tahqiq al-manat mempunyai peranan yang sangat
signifikan dalam hukum Islam semasa. Hal ini kerana, terdapat kes-
kes baru yang timbul hasil muamalat manusia yang tidak dinaskan.
Namun begitu, sebahagian kes-kes tersebut adalah mirip hukum
yang dinaskan. Lantaran itu, peranan tahqiq al-manat diperlukan
bagi menentukan hukum kes baharu ini. Sebagai contoh,
72
72