Page 77 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 77

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            asnaf ini kepada bukan muslim dalam konteks Malaysia. Apapun
            persoalan yang timbul, perlu ditegaskan bahawa pemberian zakat
            kepada golongan asnaf ini memiliki tafsiran berbeza dalam kalangan
            fuqaha.  Namun  begitu,  perkara  yang  jelas  ialah  pemberian  zakat
            kepada  golongan  ini  ke  arah  mewujudkan  jaminan  kepada  kaum
            muslimin  dalam  pemerintahan  Islam  yang  amat  dijaga  melalui
            maqsad ḥifẓ al-dīn.
               Lantaran itu, isu ini perlu diperhalusi secara akademik melalui
            kerangka  perbincangan  usul  fekah  lebih-lebih  lagi  untuk  menilai
            kesesuaian  pemberian  zakat  kepada  asnaf  muallaf  qulubuhum
            dengan  tafsiran  golongan  bukan  Islam  dalam  realiti  Malaysia.
            Justeru,  selain  melihat  perbahasan  sarjana  Islam  dalam  bab  ini,
            ijtihad  tahqiq  al-manat  akan  diterapkan  untuk  menilai  persoalan
            yang  timbul.  Konsep  ini  perlu  diaplikasikan  bagi  merungkai
            kewujudan  ‘illah  hukum  dalam  realiti  Malaysia.  Adalah  diyakini
            bahawa,  pendekatan  sebegini  mampu  memelihara  maqasid  al-
            shari’ah sebagaimana yang ditetapkan oleh khitab syarak dalam bab
            zakat.

            KEDUDUKAN  NON-MUSLIM  DI  MALAYSIA  MENURUT
            PERSPEKTIF SYARIAH
            Sebelum  membahaskan  ijtihad  tahqiq  al-manat  dalam  isu  zakat
            kepada  asnaf  muallafah  qulubuhum,  adalah  penting  untuk
            didedahkan serba ringkas status negara Malaysia dan masyarakat
            bukan Islam di negara ini, komposisi penduduk muslim dan bukan
            muslim serta implikasinya kepada kedaulatan dan kekuatan Islam.
            Menyentuh status negara Malaysia, ia menjadi perdebatan hangat
            dalam  kalangan  sarjana  Islam,  pengamal  perundangan  serta  ahli
            akademik.  Keadaan  tersebut  timbul  akibat  kaburnya  negara  ini
            daripada pemilikan beberapa kriteria negara Islam. Dalam hal ini,
            secara  asasnya  negara  dapat  dikelaskan  mengikut  pembahagian
            negara Islam, negara kafir yang berdamai dengan Islam dan negara
            kafir yang memerangi Islam (Zakaria Stapa, t.t) sebagaimana yang
            terdapat dalam wacana fekah silam.
               Namun begitu, pengkelasan negara Islam boleh diberikan ke atas
            sesebuah  negara  berdasarkan  kriteria  tertentu.  Dari  perspektif




                                                                           68
                                           68
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82