Page 74 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 74
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
BAB 4:
IJTIHAD TAHQIQ AL-MANAT DALAM ISU ZAKAT
ASNAF MUALLAFAH QULUBUHUM DI MALAYSIA
MUHAMMAD SAFWAN HARUN
Universiti Malaya
Emel: safone_15@um.edu.my
MUHAMMAD IKHLAS ROSELE
Universiti Malaya
Emel: ikhlas@um.edu.my
SAIFUL ISLAM NOR MOHD ZULKARNAIN
Universiti Malaya
Emel: saifullislaam@gmail.com
ABSTRAK
Zakat merupakan instrumen agihan kekayaan antara golongan
miskin dan kaya. Maklum bahawa, zakat mempunyai penerima yang
telahpun disyariatkan secara jelas dalam nas syarak. Namun begitu,
timbul persoalan berkait asnaf muallafah qulubuhum kerana agihan
zakat kepada asnaf ini telah diberhentikan pada zaman Saidina
Umar RA. Menariknya, muncul cadangan agar diberikan zakat
kepada bukan Islam di Malaysia melalui asnaf muallafah
qulubuhum bagi menaikkan imej Islam dan menyebarkan rahmat
kepada golongan terbabit. Justeru, kajian yang dihasilkan ini
bertujuan meneliti kedudukan asnaf muallafah qulubuhum dalam
fekah Islam dan menilai hukum pemberian zakat kepada bukan
Islam dari perspektif Malaysia. Kajian kualitatif ini telah dijalankan
melalui metodologi data kepustakaan dan kemudiannya dibuat
analisis kandungan menggunakan pendekatan induktif, deduktif dan
kompratif. Kajian menyimpulkan bahawa, tidak wujud ‘illah istijlab
dan ta’lif dalam pemberian zakat kepada bukan Islam melalui asnaf
muallafah qulubuhum dalam konteks Malaysia. Daripada
pendekatan tahqiq al-manat yang dipraktikkan juga, kajian
menyimpulkan bahawa pemberian zakat kepada bukan Islam yang
bertujuan memelihara agama di peringkat al-tahsiniyyat akan
65
65
65