Page 78 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 78

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            semasa,  pengkaji  seperti  Mohd  Izhar  dan  Alias  Arif  (2010)
            menggariskan 5 ciri untuk membenarkan sesebuah negara diiktiraf
            sebagai negara Islam:

            i.  Penduduknya terdiri daripada majoriti Islam
            ii.  Pemerintah  tertinggi  negara  diketuai  oleh  golongan  yang
               beragama Islam
            iii. Pentadbiran  negara  secara  keseluruhannya  didominasi  oleh
               umat Islam
            iv.  Masyarakat  muslim  dapat  melaksanakan  syariat  Islam  secara
               bebas dan aman tanpa sebarang gangguan
            v.  Masyarakat  muslim  dapat  mengecapi  keamanan  dalam
               kehidupan harian di negara tersebut.

               Berdasarkan 5 kriteria yang dinyatakan, maka boleh dirumuskan
            bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Realiti ini dapat
            diperkukuhkan melalui takrifan negara Islam yang disebutkan oleh
            al-Buti (1993) iaitu satu kawasan yang dikuasai oleh kaum muslimin
            yang membolehkan mereka menzahirkan syiar agama Islam samada
            dikuasai  secara  peperangan  mahupun  dengan  jalan  damai.  Di
            Malaysia, syariat Islam telah diangkat sebagai agama persekutuan
            seperti  mana  yang  terkandung  dalam  perkara  3  (Perlembagaan
            Persekutuan, 2006):

               Perkara 3. Agama Bagi Persekutuan
               Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama
               lain  boleh  diamalkan  dengan  aman  dan  damai  di  mana-
               mana Bahagian Persekutuan.

               Daripada  peruntukan  perkara  3  tersebut,  dapat  dirumuskan
            bahawa Malaysia memenuhi kriteria seperti yang disebutkan (Mohd
            Izhar Ariff et.al, 2012) secara bertulis dalam perlembagaan. Selain
            itu,  beberapa  dasar  pentadbiran  menjelaskan  lagi  status  negara
            Malaysia  sebagai  negara  Islam.  Melalui  beberapa  polisi  seperti
            Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam (1985), Dasar Penerapan Nilai-
            nilai Islam siri kedua dengan tagline Islam Hadhari, program J-QAF




                                                                           69
                                           69
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83