Page 79 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 79
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
dan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (Zakari Stapa, t.t)
menguatkan lagi status negara Malaysia sebagai negara Islam.
Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan persoalan yang bakal
dibangkitkan tentang perlaksanaan undang-undang jenayah Islam
yang merupakan satu juzuk daripada syiar Islam. Kelompangan
tersebut telah menyebabkan Malaysia dianggap negara sekular oleh
sebahagian pihak (Mohd Hishamudin, 2020). Menjelaskan
kekeliruan ini, kebebasan melaksanakan syariat Islam dan
perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh adalah dua perkara
yang berbeza. Ini bermaksud, sekalipun undang-undang syariat
tidak dilaksanakan secara menyeluruh, ianya tidak merubah status
sesebuah negara Islam. Dalam hal ini, al-Buti (1993) menegaskan
bahawa mempraktikkan syariah Islam bukanlah syarat asas
sesebuah negara Islam, bahkan perlaksanaannya merupakan
sebahagian hak negara tersebut. Ironinya, jika perlaksanaan undang-
undang syariah secara menyeluruh dijadikan sebagai satu prasyarat
negara Islam, sudah tentu tiada negara Islam dalam realiti dunia kini.
Dari segi komposisi penduduk, Malaysia didiami oleh pelbagai
kaum iaitu Melayu yang sinonim dengan agama Islam sebanyak
69.1% diikuti dengan kaum sebanyak Cina 23%, kaum India 2.01%
dan lain-lain 1.0%. Daripada fakta ini, dapat diperhatikan bahawa
hampir 30% penduduk di Malaysia adalah bukan beragama Islam.
Sekalipun, majoriti masyarakat di negara ini adalah muslim, namun
hak masyarakat bukan muslim tidak boleh diabaikan sama sekali.
Oleh kerana itu, kehidupan bermasyarakat antara muslim dan bukan
muslim perlu dibina demi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan
kehidupan bernegara. Hakikatnya, hal ini telah disentuh dalam
wacana yang pelbagai bertemakan fiqh al-ta’ayush antaranya
Qā’idah al- Afaq al-Taayush al-Ḥadari fi Daw’ Surah al-Maidah
(Muhammad ‘Umar, 2006), al-Taayush al-Silmi ‘inda Sayyid Qutb
fī Tafsirihi Zilal al-Qur’an (Musa, 2009) dan al-Ta‘ayush ma’a al-
Akhar fi Daw’ al-Sirah al-Nabawiyyah: al-Asas wa al-Maqasid
(Jumu’ah, 2018) di mana semua wacana ini menjelaskan tentang
peruntukan syariah samada meliputi prinsip dan hak-hak yang perlu
diberi perhatian dalam negara masyarakat berbilang agama.
70
70