Page 84 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 84

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Dalam hal ini, ulama yang menetapkan hukuman “al-sariqah”
            pada pelaku “al-nabbash” menyifatkan tempat perlindungan yang
            disebut  oleh  baginda  SAW  adalah  bersifat  umum  yang  boleh
            merangkumi juga mengeluarkan sesuatu daripada kubur (Ibn Rushd,
            1989). Ini adalah menurut pandangan jumhur daripada mazhab al-
            Malikiyyah,  al-Shafi‘iyyah  dan  al-Hanabilah.  Berbeza  dengan
            pandangan mazhab al-Hanafiyyah yang mengatakan “al-nabbash”
            tidak  boleh  disamakan  hukum  dengan  “al-sariqah”  kerana
            wujudnya unsur shubhah (al-Sarakhsi, 1993). Maka hukuman hudud
            potong tangan tidak boleh diimplemenkan kerana hudud akan gugur
            dengan  perkara  shubhah.  Punca  perbezaan  dua  pandangan  dalam
            masalah  ini  adalah  pada  proses  tahqiq  al-manat.  Penetapan
            hukuman  potong  tangan  adalah  kerana  mujtahid  melihat  bahawa
            manat bagi “al-sariqah” wujud juga pada “al-nabbash”. Sebaliknya
            bagi yang mengatakan tidak dikenakan hudud potong tangan adalah
            kerana  mujtahid  tidak  melihat  bahawa  manat  bagi  “al-sariqah”
            wujud pada “al-nabbash”.

            ASNAF  MUALLAFAH  QULUBUHUM  DALAM  HUKUM
            ISLAM
            Perbincangan zakat kepada orang bukan Islam yang menjadi fokus
            perbincangan  adalah  berasaskan  kategori  al-muallaf  qulubuhum
            (muallaf). Kategori muallaf ini merupakan salah satu asnaf zakat
            yang  disebut  secara  jelas  di  dalam  al-Quran.  Namun  begitu,
            persoalan timbul apakah yang dimaksudkan dengan golongan ini
            dan bagaimanakah kedudukan pemberian zakat kepada orang bukan
            Islam berpandukan konsep ini. Justeru, akan dibincangkan konsep
            muallaf menurut mazhab fiqh.
               Menurut  mazhab  al-Syafie,  golongan  muallaf  dibahagikan
            kepada dua kategori iaitu orang Islam dan orang kafir. Bagi kategori
            orang  kafir  ini  dibahagikan  pula  kepada  dua  keadaan  iaitu  zakat
            diberi  dengan  mengharap  kebaikan  daripada  mereka  dan  zakat
            diberi  kerana  takut  keburukan  mereka.  Rasulullah  SAW  didapati
            memberikan  harta  kepada  Abu  Sufyan  bin  Harb,  Safwan  bin
            Umayyah,  ‘Uyaynah  bin  Hasn,  al-Aqra’  bin  Habis,  ‘Abbas  bin
            Mirdas  sebanyak  100  ekor  unta  setiap  seorang.  Baginda  juga




                                                                           75
                                           75
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89