Page 89 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 89
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
sebagai fiqh al-tanzil yang menekankan 3 asas utama iaitu wahyu,
mahal (tempat letak hukum) dan akal. Ketiga-tiga elemen ini amat
penting bagi menjamin maqasid al-shari’ah di sebalik hukum yang
diputuskan (Aiyt Amjut, 2014).
Rajah 1: Proses tahqiq al-manat isu pemberian zakat kepada kafir
di Malaysia
Berdasarkan rajah 1.0, zakat kepada golongan asnaf muallafah
qulubuhum telah diberitakan secara jelas daripada nas al-Quran.
‘Illah pemberian kepada golongan ini adalah menarik minat mereka
terhadap agama Islam (istijlab). Walaubagaimanapun, asnaf ini
mempunyai tafsiran berbeza dalam kalangan sarjana di mana
sebahagian pendapat merujuk mereka yang baru masuk agama
Islam. Sementara sebahagian fuqaha menyifatkan asnaf ini termasuk
juga dari kalangan mereka yang bukan Islam. Apapun perbezaan
tersebut, persoalan yang lebih penting perlu dinilai ialah pemberian
zakat melalui asnaf ini kepada golongan bukan Islam dalam realiti
Malaysia.
Hal ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara
berlatarbelakangkan majoriti Muslim yang diketuai oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
80
80