Page 93 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 93
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
menjejaskan prestasi kutipan zakat dalam kalangan agensi terbabit.
Ini kerana, faktor agihan zakat yang cekap mempunyai hubungan
langsung dengan pungutan zakat oleh pembayar kepada agensi zakat
(Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad, 2014). Jika hal ini berlaku,
sudah tentu mencetuskan mafsadah yang besar kerana memberi
kesan kepada jumlah pungutan zakat. Natijahnya, golongan asnaf
lain khususnya faqir dan miskin turut terkesan. Keadaan ini secara
faktanya bercanggah dengan kaedah fekah yang menegaskan dar’
al-mafasid awla min jalb al-masalih (al-Suyuti, 1983; ‘Azzam A.
A., 2005) dan kaedah al-maslahah al-‘ammah tuqaddam ‘ala al-
maslahah al-khassah (‘Azzam A. A., 2005) yang melibatkan
kepentingan bukan Islam.
Malahan juga, usaha memberi dana zakat kepada golongan
bukan Islam di negara ini dengan tujuan mengendurkan ketegangan
kaum dan menaikan imej Islam tidak mundabit keberhasilannya.
Hal ini kerana, status ekonomi bukan muslim di negara ini lebih baik
dibandingan dengan muslim berdasarkan aspek pendapatan dan
kadar kemiskinan.
Jadual 1: Perbandingan status ekonomi antara muslim dan bukan
muslim di Malaysia
Agama Islam Bukan Islam
Pendapatan
Kasar Isi Rumah 5420 C:7391 I:5981 L:4181
(RM)
Kadar 7.2 C:1.4 I:4.8 L:13.5
Kemiskinan (%)
C: Cina, I: India, L: Lain-lain
Sumber: Diolah dari Portal Rasmi Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri, 2019)
Kedudukan ini secara tidak langsung mendatangkan persoalan
tentang pencapaian tujuan agihan zakat kepada golongan ini. Malah,
dalam perbahasan fekah bukanlah semua masyarakat muslim itu
boleh diberikan zakat melalui asnaf muallafah qulubuhum.
Sebaliknya hanya terhad kepada mereka yang mempunyai
84
84