Page 92 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 92

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Oleh kerana itu, pemberian zakat asnaf muallafah qulubuhum
            dengan tujuan melunakkan hati mereka agar tidak memusuhi Islam,
            ianya telah wujud melalui pendekatan lain dalam realiti Malaysia.
            Sebaliknya,  dalam  konteks  minoriti  muslim,  pemberian  kepada
            golongan  kafir  dengan  tujuan  untuk  mengurangkan  tekanan
            daripada  mereka  dilihat  relevan.  Selain  menepati  ‘illah  istijlab,
            tindakan ini secara tidak langsung memperkukuhkan Islam dalam
            realiti  tersebut.  Dalam  erti  kata  lain,  maqsad  agama  (hifz  al-din)
            lebih  terjamin  khususnya  melibatkan  hal-hal  al-daruriyyat  untuk
            menonjolkan  syiar  agama  daripada  rukun-rukunya  (al-Shatibi,
            1997) tanpa halangan daripada golongan bukan Islam.
               Isu  ini  juga  perlu  dilihat  daripada  aspek  janib  masalih  serta
            pertembungan antara maslahah dan mafsadah melalui parameternya
            yang  jelas  demi  menjamin  maqasid  al-shari’ah.  Menurut  ‘Isam
            Sabiy  (2009),  perhatian  terhadap  pertembungan  antara  maslahah
            dan mafsadah dalam proses tahqiq al-manat merupakan sebahagian
            proses penentuan al-maalat hukum yang diputuskan. Dalam hal ini,
            cadangan  pemberian  zakat  kepada  bukan  Islam  adalah  untuk
            mewujudkan  tanggapan  baik  kepada  masyarakat  Islam  melalui
            usaha dakwah yang dijalankan. Usaha ini boleh disifatkan sebagai
            memelihara agama (hifz al-din) di peringkat al-tahsiniyat. Namun
            begitu,  hal  yang  lebih  besar  sepatutnya  diberi  perhatian  ialah
            menjaga  al-kulliyat  al-khamsah  di  tahap  al-daruriyyat  dan  al-
            hajiyyat.  Berhubung  hal  ini,  al-Shatibi  menegaskan  bahawa
            pengabaian  al-maslahah  al-daruriyat  pasti  akan  menghilangkan
            semua kemaslahatan lain kerana ia adalah asas. Begitu juga, jika
            diabaikan al-maslahah al-hajiyyat pasti akan menafikan maslahah
            tahsiniyyat (al-Shatibi, 1997). Berdasarkan premis ini, fatwa yang
            membenarkan  agihan  zakat  kepada  bukan  Islam  telah
            mengutamakan maslahah tahsiniyyat di mana berkait dengan usaha
            meningkatkan pandangan positif golongan ini kepada Islam.
               Sedangkan, aspek al-maalat rentetan fatwa tersebut dilihat akan
            menggugat  maslahah  hajiyyat  berkait  agihan  zakat  kepada  kaum
            muslim di bawah asnaf-asnaf lain. Hal ini kerana, persepsi negatif
            (Shamsiah  Mohamad,  2019;  Wan  Sulaiman,  2019)  masyarakat
            muslim  sebagai  pembayar  zakat  terhadap  idea  ini,  dilihat  akan




                                                                           83
                                           83
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97