Page 88 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 88

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            golongan  ini  adakah  ia  bersifat  khusus  atau  bersifat  umum  pada
            setiap  zaman.  Pandangan  keumuman  tindakan  tersebut  adalah
            pandangan yang dilihat sesuai. Kemudian zakat diserahkan dengan
            mempertimbangkan keadaan Islam lemah atau keadaan kuat, dan
            didapati tidak ada keperluan untuk menyerahkan zakat kepada orang
            bukan Islam kerana gah dan telah kuatnya Islam (al-Qurtubi, 1982).
               Pertimbangan  juga  perlu  diberi  kepada  pandangan  yang
            menyatakan bahawa bahagian muallaf ini telah pun dimansukhkan
            secara  ijmak.  Begitu  juga  terdapat  pandangan  yang  menyatakan
            bahagian ini diserahkan kepada orang yang baru masuk Islam tidak
            kira dia dalam keadaan lemah ataupun kuat dengan tujuan orang
            yang  seumpamanya  terdorong  untuk  memeluk  Islam  (al-
            Samarqandi,  1984).  Asas  pengguguran  asnaf  muallaf  ini  adalah
            kerana  Allah  telah  memuliakan  Islam  dan  cukup  tanpa
            mengharapkan orang kafir (dalam erti kata menguatkan kedudukan
            Islam  (al-Ghanimi,  t.t).  Sehingga  sebahagian  golongan  tidak
            mengharuskan zakat diserahkan kepada golongan kafir zimmi (al-
            Mawsili, 2009).
               Justeru  itu  didapati  asas  utama  pemberian  zakat  kepada
            golongan  muallaf  ini  adalah  kerana  wujudnya  unsur  isti’laf  dan
            keperluan (al-hajah) untuk menyerahkan zakat kepada golongan ini
            (al-Jaziri,  2003).  Keperluan  yang  dimaksudkan  adalah  perlunya
            Islam kepada mereka untuk menguatkan Islam (al-Syarbini, 2004).
            Hal  ini  kerana  sebab  pemberian  zakat  adalah  untuk  mendorong
            seseorang kepada Islam dan pemeliharaan terhadap Islam (‘Umar
            Yusuf H. & ‘Ali Muhammad A. B., 2004). Pertimbangan keperluan
            juga perlulah mengutamakan sesuatu yang lebih ringan mudarat atau
            yang lebih baik maslahahnya. Maslahah yang menjadi pertimbangan
            adalah maslahah kepada agama dan kepada orang Islam.

            TAHQIQ  AL-MANAT  DALAM  ISU  ASNAF  MUALLAFAH
            QULUBUHUM DALAM REALITI MALAYSIA
            Sepertimana yang telah dijelaskan, sekalipun sesuatu hukum telah
            disabitkan melalui nas syarak, namun perlaksanaan hukum tersebut
            perlu  mengambil  kira  realiti  dan  konteks  yang  juga  boleh
            diistilahkan  sebagai  mahal  al-hukm.  Penilaian  ini  dinamakan




                                                                           79
                                           79
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93