Page 90 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 90
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
sebagai ketua negara. Fakta ini memberi faham bahawa gagasan
untuk memberi zakat kepada bukan muslim melalui asnaf muallaf
qulubuhum perlu mengambilkira realiti Malaysia di mana menepati
kaedah al-hukm ‘ala al-shay’ far’ ‘an tasawwurihi (‘Azzam A. A.,
2005). Dalam hal ini, sekalipun ‘illah pemberian zakat kepada
bukan Islam adalah dengan tujuan menjinakkan hati mereka samada
untuk memeluk agama Islam mahupun mengendurkan permusuhan
terhadap Islam (al-Qurrah Daghi, 2021), namun begitu dua keadaan
tersebut dilihat dapat dilakukan melalui medium lain oleh kerajaan
Islam tanpa mengambil dana zakat. Melihat kepada keadaan ini,
keharusan pemberian zakat yang diputuskan oleh negeri Perlis
misalnya, menimbulkan beberapa persoalan khususnya melibatkan
alasan untuk menonjolkan rahmat Islam dalam usaha dakwah
kepada golongan ini (Mohd Asri Z. A., 2019: e-smaf, 2016). Hal ini
kerana, jika dilihat kepada amalan Baginda Rasulullah SAW yang
memberi harta zakat kepada kaum kafir menurut pandangaan
sarjana seperti al-Samiri (2003) dan Qarrafi (1994), ia bukan atas
dasar dakwah semata-mata. Malah, bagi melicinkan usaha
penyebaran Islam tanpa sebarang kacau bilau dan ancaman yang
menggugat maqasid agama dan nyawa terutamanya. Hal ini dapat
ditakyifkan dari isu keharusan pembayaran harta dalam beberapa
keadaan seperti yang dibincangkan al-Qarrafi (2003):
“pada sesetengah keadaan wasīlah yang diharamkan tidak
menjadi haram sekiranya menghasilkan maṣlaḥah yang
rājiḥah seperti memohon pembebasan tawanan dengan
pembayaran harta kepada pihak kafir…, seperti membayar
harta kepada seorang lelaki supaya dimakan harta tersebut
dalam keadaan haram sehingga dia tidak berzina dengan
perempuan sekiranya tindakan tersebut merupakan satu-
satunya cara yang mampu menghalang daripada perbuatan
zina, dan seperti membayar harta kepada pemberontak
sehingga tidak berlaku peperangan antara pemberontak dan
pembayar…”
81
81