Page 86 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 86
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Menurut Mazhab Hanbali, harus hukumnya menyerahkan zakat
kepada orang Islam dan juga orang musyrik atau orang kafir. Namun
penyerahan kepada orang kafir tersebut atas dasar keperluan (al-
hajah). Hal ini dapat dibuktikan pada zaman khulafa’ al-rasyidin
tidak menyerahkan zakat kepada golongan kafir kerana tiada
keperluan tersebut (al-Buhuti, 2003). Dalam mazhab Hanafi
menyatakan bahawa zakat golongan muallaf ini telah gugur
berasaskan ijmak para sahabat pada zaman khalifah Abu Bakar RA
(al-Humam, 2003). Bahkan didapati dalam beberapa penulisan fiqh
dalam mazhab Hanafi tidak membincangkan konteks muallaf ini
(Ibn Nujaym, 2002; al-Mawsili, 2009).
Daripada perbincangan tersebut dapat difahami bahawa dalam
penentuan asnaf muallaf ini jelas merujuk kepada dua kategori,
kategori orang Islam dan kategori orang bukan Islam. Bagi kategori
orang Islam dibahagikan sebagaimana berikut;
1. Golongan yang terhormat untuk menarik perhatian mereka
kepada Islam atau untuk berjihad memerangi kekufuran dan
memerangi orang yang menahan diri dari membayar zakat.
2. Golongan yang masuk Islam namun hatinya (niat) masih lemah
(al-Ardabili, 2006).
Al-Samiri (2003) memperincikan kategori muslim sebagaimana
berikut;
1. Golongan yang diragui tahap kekuatan Islam mereka
2. Golongan yang diharap akan baik pandangannya terhadap Islam
3. Golongan khawarij, supaya dengan pemberian zakat boleh
menahan kejahatan mereka terhadap orang Islam yang lain
4. Orang yang berada diperbatasan negara Islam, supaya mereka
aman dari ancaman dan penindasan dari orang kafir.
Manakala golongan orang bukan Islam atau orang kafir
terbahagi kepada dua iaitu (al-Samiri, 2003);
1. Orang kafir yang diharap kebaikannya
77
77