Page 87 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 87
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
2. Orang kafir yang dibimbangi keburukannya
Akan tetapi dalam perbincangan pemberian zakat kepada orang
kafir sebagai muallaf, terdapat pandangan yang menyebut bahawa
hukumnya telah terputus, iaitu tidak terpakai lagi. Tindakan Baginda
SAW memberi harta kepada orang kafir sebagaimana yang telah
disebutkan sebenarnya adalah dari hasil rampasan perang
(ghanimah) atau harta miliknya sendiri bukannya harta zakat
sebagaimana yang ditegaskan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ (al-
Nawawi, t.t).
Al-Qarrafi (1994) telah merumuskan pembahagian golongan
muallaf sebagai;
1. Orang Islam yang zahir keislamannya dan diberi zakat untuk
melembutkan hatinya dengan Islam dan menarik perhatian
orang lain yang belum Islam supaya memeluk Islam seperti
mereka.
2. Orang kafir yang ringan hatinya untuk memeluk Islam
3. Orang yang lemah keislamannya dan dikuatkan melalui
pemberian zakat
4. Pemerintah yang dahulunya kafir kemudian memeluk Islam,
zakat diberikan untuk menarik pengikutnya memeluk Islam
Al-Qarafi menjelaskan lagi bahawa pemberian zakat kepada
orang yang ringan hatinya dengan Islam adalah salah satu bentuk
jihad. Jihad itu kadang-kadang dengan perkataan, kadang-kadang
dengan hujah dan kadang-kadang dengan kebaikan (al-Qarrafi,
1994).
Ibn Rusyd (1989) membincangkan mengenai kewujudan
golongan muallaf sebagai asnaf zakat pada hari ini. Beliau
merumuskan bahawa dalam isu tersebut terdapat dua pandangan
utama. Pandangan pertama menjelaskan bahawa pada hari ini tiada
golongan muallaf. Pandangan kedua pula melihat golongan tersebut
sentiasa wujud hingga ke hari ini menurut pertimbangan
keperluannya oleh pemerintah. Asas kepada perbezaan ini adalah
kedudukan tindakan Nabi SAW dalam memberi zakat kepada
78
78