Page 85 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 85

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            memberi kepada ‘Alqamah bin ‘Ilathah harta rampasan peperangan
            Hunayn (al-Zuhayli, 1985). Namun persoalan yang tinggal adakah
            selepas kewafatan Baginda SAW zakat masih diserahkan kepada
            orang kafir, ia dibahagikan kepada dua pandangan;

            1.  Zakat boleh diagihkan kepada orang kafir
            2.  Zakat  tidak  boleh  diagihkan  kepada  orang  kafir  kerana  para
               khalifah  selepas  Rasulullah  SAW  tidak  menyerahkan  zakat
               kepada golongan tersebut (al-Syirazi, 1995).

               Bagi  pandangan  kedua  tersebut,  ianya  disokong  daripada
            kenyataan  Umar  RA  bahawa  zakat  tidak  akan  diserahkan  walau
            sedikit kepada orang kafir untuk mengharapkan keislaman mereka,
            justeru  barangsiapa  yang  mahukan  Islam  hendaklah  mereka
            memeluk agama Islam dan barangsiapa yang tidak mahukan Islam
            maka kekallah dalam kekufuran. Selain itu, tidak ada bukti bahawa
            para khalifah menyerahkan zakat kepada golongan kafir berikutan
            tiada  satu  hak  pun  untuk  orang  kafir  dalam  harta  zakat  bahkan
            didapati sebarang bayaran yang diserahkan kepada mereka oleh para
            khalifah adalah dari sumber maslahah umat (al-Syirazi, 1995).
               Di  dalam  al-Umm,  Imam  al-Syafie  menjelaskan  pemberian
            zakat  kepada  muallaf  adalah  kepada  orang  yang  telah  memeluk
            Islam  bukan  kepada  orang  musyrik  yang  hendak  dilembutkan
            hatinya memeluk Islam, Beliau menyatakan (al-Syafi’i, 2001);
            “al-Muallaf  Qulubuhum  ialah  orang  yang  telah  memeluk  Islam,
            tidak diberi zakat kepada orang musyrik yang dilembutkan hatinya
            memeluk  Islam.  Jika  ada  yang  berkata  bahawa  Nabi  SAW  telah
            menyerahkan  kepada  sebahagian  musyrik  yang  “muallaf”  pada
            tahun  peperangan  Hunayn,  maka  pemberian  tersebut  adalah
            daripada  harta  al-fay’  dan  daripada  harta  peribadi  Nabi  SAW
            bukannya daripada harta zakat, dan harus baginya untuk memberi
            daripada harta miliknya. Sesungguhnya Allah SWT telah memberi
            kuasa  kepada  orang  Islam  atas  harta  orang  musyrik,  tidak
            sebaliknya  iaitu  tiada  kuasa  orang  musyrik  ke  atas  harta  orang
            Islam…”





                                                                           76
                                           76
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90