Page 76 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 76

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            diberikan hak zakat sewaktu zaman pemerintahan Saidina Umar RA
            (al-Qaradawi, 2008). Hal ini berdasarkan ijtihad Saidina Umar RA
            yang  menilai  tiadanya  keperluan  pemberian  kepada  golongan  ini
            disebabkan Islam telah mencapai kekuatan yang tersendiri di waktu
            itu. Dari aspek usul fekah, hukum pemberian zakat kepada asnaf ini
            diberhentikan (tawaquf) kerana tiada ‘illah hukum iaitu al-itijlab
            (menarik  minat)  orang  kafir  terhadap  Islam  (al-Buti,  1973).  Ini
            bermaksud, asnaf muallafah qulubuhum tidak dinasakh hukumnya
            berdasarkan    peruntukan     nas    syarak.   Namun      begitu,
            perlaksanaannya  bergantung  kepada  ‘illah  hukum  sebagaimana
            disebutkan dalam kaedah al-hukm yaduru ma’a ‘illatihi wujudan wa
            ‘adaman (al-Zuhayli, 1999). Dalam erti kata lain, hukum pemberian
            kepada  asnaf  ini  memerlukan  fiqh  al-tanzil  yang  bermaksud
            penerapan hukum yang dinaskan berdasarkan realiti semasa. Proses
            ini  pada  hakikatnya  lebih  dikenali  sebagai  tahqiq  al-manat  (Ibn
            Bayyah, 2021) dengan mengambilkira realiti.
               Menariknya,  isu  pemberian  zakat  kepada  asnaf  ini  mula
            dibincangkan  kembali  di  Malaysia  selepas  wujudnya  cadangan
            pemberian  zakat  kepada  bukan  Islam  (Adam  Abu  B.,  2019).
            Cadangan tersebut bagaimanapun mendapat respon yang berbeza di
            mana secara umumnya ada yang menerima dan ada yang menolak.
            Antara  hujah  golongan  yang  menyambut  baik  cadangan  tersebut
            ialah bagi menonjolkan sifat rahmah agama, strategi dakwah Islam
            melalui  agihan  zakat  (Mohd  Asri  Z.  A,  2019)  dan  memenuhi
            keperluan golongan fakir dan miskin bukan muslim (Amir Anuar,
            2019).  Sebaliknya,  golongan  yang  tidak  menerima  idea  tersebut
            dilihat cuba mempersoalkan takrifan sebenar muallafah qulubuhum
            yang  merujuk  kepada  golongan  saudara  baru  Islam  (Normawati
            Adnan, 2019; Harakahdaily, 2019). Dalam erti kata lain, golongan
            kedua  dalam  isu  ini  berpendapat  tiada  pemberian  zakat  kepada
            golongan kafir.
               Pertembungan  tersebut  hakikatnya  telah  membangkitkan
            beberapa  persoalan  asas  tentang  hukum  pemberian  zakat  kepada
            asnaf  muallafah  qulubuhum.  Antaranya  melibatkan  konsep  asas
            asnaf ini menurut nas syarak, pandangan fuqaha tentang pemberian
            zakat kepada bukan muslim dan kesesuaian pemberian zakat dalam




                                                                           67
                                           67
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81