Page 69 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 69
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
jiwa. Antara Hadith nabi SAW mengenai perkara ini yang
diriwayatkan Abu Daud ialah:
Maksudnya: “Berat mengikut berat penduduk Mekah,
sukatan timbangan mengikut penduduk Madinah”.
Hal ini adalah kerana penduduk Madinah terlibat dalam
pertanian, manakala penduduk Mekah terlibat dengan perniagaan.
Apa yang dimaksudkan di sini ialah, sesuatu yang ingin ditentukan
oleh syarak seperti jumlah nisab zakat, kadar diyat, zakat fitrah,
kafarah semua ini ditentukan mengikut adat (Al-Dusari, 2002).
Daripada kaedah ini, dalam urusan kutipan dan agihan zakat
yang boleh diamalkan ialah:
i. Membuat pentafsiran semula kepada maksud asnaf berdasarkan
suasana dan realiti semasa bersandarkan kepada ruh adat yang
boleh berubah mengikut peredaran zaman dan keadaan. Ini
termasuklah menyemak semula tentang pemahaman tentang
asnaf mualaf, gharimin (mereka yang berhutang), Riqab
(hamba), Fi sabilillah (Jalan Allah), Ibnu Sabil (mereka yang
bermusafir).
ii. Membuat semakan semula terhadap mekanisme penentuan
nisab zakat harta dan zakat fitrah dan membuat penyelarasan
perkara tersebut bagi semua negeri di Malaysia.
iii. Memperkenalkan sistem kutipan dan agihan zakat yang sesuai
dengan budaya dan uruf setempat di Malaysia dengan
mengambil kira soal kemajmukan masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan bangsa. Ini termasuklah membuat
kajian dengan lebih mendalam berkaitan dengan slogan zakat
merentasi kaum dan agama sebagai usaha menjenamakan
semula proses kutipan dan agihan zakat kepada rakyat Malaysia
dalam dimensi yang baru. Menurut Al-Qaradawi (1973), jika
zakat yang dibayar orang Islam harus diberikan kepada bukan
Islam, maka tidak dilarang mengambil zakat daripada orang
bukan Islam yang kaya untuk diberikan kepada golongan faqir
di kalangan mereka. Dalam isu agihan zakat kepada orang bukan
60
60