Page 48 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 48

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            sumbangan  perlu  diutamakan  kepada  kaum  kerabat  terdekat  jika
            termasuk  dalam  kelompok  yang  berhak  menerima  zakat
            (Ibid.,:22:87).
               HAMKA  tidak  mengulas  hukuman  terhadap  kes  keengganan
            membayar zakat pada zaman sekarang. Begitu juga dengan perihal
            kadar zakat perniagaan, haiwan ternakan dan perhiasan emas. Beliau
            lebih  membicarakan  soal  memahami  tuntutan  dan  penghayatan
            zakat.  Kenyataan  tentang  zakat  wajib  dilaksanakan  sering
            diperkatakan dengan jelas tanpa sebarang elemen yang meremehkan
            atau melonggarkan kewajipan tersebut.
               Fokus fiqh zakat lebih luas pada pentafsiran ayat 60 surah al-
            Taubah berbanding pentafsiran ayat yang lain. Ini kerana penulisan
            beliau berorentasikan mengajak umat Islam mengenali sasaran zakat
            dengan mendalam dan memahami tatacara pelaksanaan. Menerusi
            pentafsiran  ayat  ini,  terzahir  pentafsiran  HAMKA  bahawa  zakat
            adalah wajib disampaikan kepada semua golongan yang berhak atas
            kebijaksanaan pemerintah.
               Setiap  ayat  fiqh  zakat  di  dalam  Tafsir  al-Azhar  adalah
            mengandungi  huraian  tentang  intipati  pensyariatan  zakat.  Umat
            Islam perlu mendalami setiap dalil berkenaan supaya keseluruhan
            kehendak  Allah  s.w.t.  dapat  diterjemahkan  dalam  dunia  realiti
            dengan  sebaik  mungkin.  Antara  isu  menarik  untuk  didalami,
            difikirkan  dan  disesuaikan  menurut  ‘uruf  setempat  ialah
            pembahagian  zakat  untuk  golongan  berhutang  masa  kini,  ahli
            perniagaan yang mengalami kerugian, dana dan bantuan penginapan
            musafir secara lebih terbuka, zakat untuk golongan kafir yang dekat
            dengan komuniti Islam dan meraikan pecahan fi sabil Allah untuk
            manfaat zakat.
               HAMKA  mempunyai  perspektif  bahawa  masyarakat  perlu
            memahami  tujuan-tujuan  zakat.  Tiada  pentafsiran  beliau  yang
            meninggalkan  kupasan  mengenai  perkara  ini.  Implikasi  terhadap
            maslahah masyarakat dapat disimpulkan kepada dua aspek iaitu:

            i.  Aspek  zahir:  Kewajipan  zakat  akan  ditunaikan  dengan  cara
               yang  berkesan  dan  penuh  hikmah  berdasarkan  ilmu  dan
               kefahaman  yang  selari  dengan  kehendak  al-Quran  dan  al-




                                                                           39
                                           39
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53