Page 44 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 44
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
penglibatan mereka mengembangkan Islam dalam masyarakat
(Ibid.,:10:255-256). Ini kerana fi sabil Allah juga melibatkan
sabil al-Da’wah (Ibid.,1982:17:221). Imam al-Ghazali adalah
contoh sarjana Islam yang meraikan ulama sebagai antara
golongan yang mempunyai hak berkenaan. Beliau telah
mengalakkan ulama mengambil zakat daripada mendahulukan
mengambil pemberian khas daripada pemerintah
(Ibid.,1985:10:256).
j. Sepakat ulama bahawa orang yang putus hubungan dengan
tempat tinggal dalam sesuatu perjalanan berhak menerima zakat.
Begitu juga halnya pada isu individu yang kaya tetapi
kekurangan bekalan dalam perjalanan. Syarat perjalanan yang
ditempuh ialah bukan ke arah maksiat. HAMKA menyatakan
wajib dilaksanakan kebaikan kepada orang-orang dalam
perjalanan kerana ia ketentuan Allah s.w.t. (Ibid.,:10:257).
Beliau juga menterjemahkan makna “ ﯿ ا ﺑﻦ ﺳﺒ ” sebagai “anak
ﻞ
jalan” yang boleh dikaitkan dengan gelandangan dan perantau
yang gigih mencari ilmu (Ibid.,:10:87).
Menjauhi Penyalahgunaan Zakat dan Ingkar Terhadap
Perintah Zakat
HAMKA mengingatkan bahawa ancaman utama terhadap
penghayatan zakat adalah khianat. Justeru, aspek pentadbiran dan
pengurusan hal-ehwal zakat perlu dilaksanakan dengan baik oleh
agensi dan badan yang dipertanggungjawab (al-Qaradawi,
1985:586). Beliau menegaskan pengurus yang mengambil bahagian
zakat sesuka hati adalah ghulu (melampaui batas) dan berdosa besar.
Keadaan ini diqiaskan dengan hukum haram perbuatan
menyembunyikan harta rampasan perang daripada pengetahuan
pimpinan perang (HAMKA,1985:10:249).
Dalam pengurusan zakat, Keturunan Rasulullah s.a.w. tidak
boleh terlibat secara langsung dalam urusan memungut dan
menerima zakat. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya zakat itu tidak diperkenankan
untuk keluarga Muhammad kerana zakat adalah lebihan
35
35