Page 47 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 47
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
memerangi siapa yang memisahkan antara kewajiban solat
dan zakat kerana zakat adalah hak harta. Demi Allah!
Seandainya mereka enggan membayarkan anak kambing
yang dahulu mereka menyerahkannya kepada Rasulullah
s.a.w. pasti akan aku perangi mereka disebabkan
keengganan itu. Berkata ‘Umar b. al-Khattab r.a.: Demi
Allah! Ketegasannya ini tidak lain selain Allah telah
membukakan hati Abu Bakar al-Siddiq r.a. dan aku
menyedari bahawa beliau memang benar (hadith sahih,
Sahih al-Bukhari, riwayat Abu Hurairah, no.1312).
Sebagai komponen rukun Islam, hukum berzakat adalah wajib
dan mengingkari kefarduannya adalah kafir. Sebarang harta yang
telah dinyatakan secara jelas melalui nas syarak adalah wajib
dikeluarkan zakat (al-Syawkani, t.t.:170). Zakat yang diwajibkan
adalah seperti emas, perak, hasil pertanian, haiwan ternak, harta
perdagangan, perniagaan dan harta galian (al-Juzairi, 1997: 248)
(Ibn Qudamah, t.t.:389).
KESIMPULAN
Pentafsiran HAMKA di dalam Tafsir al-Azhar membuka minda
ummah untuk mendekati fiqh zakat dan menghidupkan penghayatan
yang diperlukan. Kupasan fiqh zakat HAMKA tidak hanya
menerangkan hukum wajib menunaikan perintah zakat sahaja
bahkan membabitkan pelbagai persoalan hukum, tatacara
pelaksanaan dan penghayatan. Setiap pentafsiran beliau tentang
perihal hukum zakat pasti disusuli dengan perbincangan mengenai
penghayatan.
HAMKA mempunyai harapan yang tinggi supaya masyarakat
tidak mengabaikan golongan fakir miskin. Beliau telah
menyamaratakan golongan ini sebagai golongan yang sama yang
wajib dibantu dengan peruntukan zakat. Ini dapat dilihat menerusi
kenyataan yang jelas pada pentafsiran ayat 43, 83, 110, 267, 271 dan
276 surah al-Baqarah, ayat 60 surah al-Taubah, ayat 78 surah al-
Haj dan ayat 141 surah al-An`am. Masyarakat juga dididik agar
mengenali kesusahan insan terdekat. Beliau menyatakan bahawa
38
38