Page 43 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 43
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
berfahaman tiada tuhan seperti Komunis dan Atheis
(Ibid.,:10:258).
d. Orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan bukan Islam
layak menuntut zakat apabila berada pada kedudukan
berhampiran kerajaan Islam. Mereka turut dinilai sebagai fi sabil
Allah (Ibid.,:10:251).
e. Tokoh berpengaruh di kalangan musyrik (bukan Islam) layak
menerima zakat atas maslahah dakwah (Ibid.,:10:251).
f. Golongan “al-muallafah qulubuhum” menjadi perbincangan
khilaf di kalangan ulama. Mazhab Hanafi dan Syafi’i
menyatakan status golongan muallaf yang berhak menerima
zakat adalah dinilai pada fasa awal keislaman seseorang sahaja
(Ibid.,:10:253).
g. Dalam kenegaraan Islam, jika terdapat kes hamba yang ingin
dibebaskan tetapi kekurangan dana tebusan maka perlu segera
dilaporkan kepada Bait al-Mal. Islam adalah agama yang
menyediakan kemudahan zakat untuk menebus dan
memerdekakan hamba (Ibid.,:10:253).
h. Orang yang berhutang sehingga tahap tidak mampu membayar
dan terdesak boleh melaporkan kepada pengurusan zakat.
Panitia zakat wajib membayar zakat setelah meneliti keadaan
yang berlaku (11:254). Di samping itu, individu yang ingin
menunaikan zakat boleh mencari sendiri penghutangnya untuk
diberikan zakat. Syaratnya zakat yang diberikan itu akan
digunakan penghutang untuk membayar hutang semula
(Ibid.,:10:255).
i. Golongan paling meluas dalam menerima zakat ialah fi sabil
Allah. Fuqaha` terdahulu cenderung mengaitkan istilah ini
dengan golongan yang terlibat dengan perang dan segala hal
ehwal perbelanjaan perang kerana masa dahulu banyak tercetus
perang. Kalimah ini ditakrifkan sebagai kalimah yang
mengandungi pengertian umum tentang jalan Allah. Justeru,
Imam Ahmad turut mengaitkannya dengan ibadah haji.
Pandangan Sayyid Hasan Sadiq Khan mengaitkan fi sabil Allah
dengan golongan ulama sebagai antara kelompok yang layak
menerima zakat meskipun berstatus kaya disebabkan
34
34