Page 39 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 39

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            harta (Ibid.,1985:11:34). Ketika mentafsirkan ayat 56 surah al-Nur,
            beliau  menyebut  jiwa  insan  perlu  dikuatkan  dalam  menghadapi
            kehidupan, antara kaedah ialah dengan menunaikan zakat.
               Ketika  mentafsirkan  ayat  24  dan  25  surah  al-Ma’arij,  beliau
            menekankan  bahawa  antara  perkara  yang  diperintahkan  selepas
            kewajipan  solat  ialah  menyediakan  sebahagian  harta  untuk
            membantu orang lain seperti golongan yang meminta termasuklah
            golongan yang berhutang dan “mahrum” iaitu individu yang tidak
            memiliki apa-apa harta seperti orang yang rugi dalam perniagaan
            (Ibid.,:29:112).  Pembelaan  ini  dapat  mengubah  sifat  bakhil  yang
            menjadi  penghalang  kepada  sesuatu  cita-cita  yang  baik
            (Ibid.,1982:17:221).  Perspektif  HAMKA  ini  berupaya  mengatasi
            sifat ketamakan pada harta yang diistilahkan sebagai amalan ghairah
            mengumpulkan  kekayaan  diri  dan  menggunakan  kemegahan  dan
            kuasa  bagi  menekan  insan  yang  lemah.  Penyakit  bakhil  boleh
            berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah orang Islam dan ilmuan
            Yahudi dan Nasrani (Ibid.,1985:10:196).

            Amalan Zakat Yang Cemerlang
            Dalam  pentafsiran  ayat  267  surah  al-Baqarah,  HAMKA
            mengemukakan  pandangan  bahawa  pemberian  yang  dihulurkan
            termasuk zakat perlu membabitkan item yang baik dan bukan item
            yang  buruk.  Menurut  al-Qaradawi  (1985:127&139),  para  ulama
            memperincikan suatu konsep bahawa sesuatu harta yang diwajibkan
            zakat hendaklah bersifat halal, bersih, produktif, berkembang dan
            berdasarkan pemilikan penuh.
               HAMKA  mendatangkan  riwayat  asbab  al-nuzul  ayat  ini
            daripada Ibn Jarir dan al-Hasan yang mengisahkan beberapa orang
            telah  mengasingkan  hasil  tanaman  yang  baik  untuk  dimiliki
            manakala  hasil  tanaman  yang  buruk  diserahkan  kepada  ‘amil.
            Wahyu turun membetulkan keadaan (Ibid.,1982:3:51).
               HAMKA telah mengemukakan contoh tanaman yang dikenakan
            zakat  ialah  hasil  padi.  Contoh  ini  hampir  dengan  persekitaran
            masyarakat Asia Tenggara yang mengusahakan padi yang menjadi
            sumber  beras  utama  dunia  (Perpadian  di  Asia  Tenggara,
            http://pangan.litbang.pertanian.go.id/berita-435-perpadian-di-asia-




                                                                           30
                                           30
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44